Get $25 free
loading...

Himpuan 100 hari SERENTAK SELURUH NEGARA


MAKLUMAN KEPADA SEMUA
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berikut adalah himpunan serentak yang akan diadakan di seluruh Malaysia bagi membantah kegagalan KERAjaan Pakatan Harapan menunaikan janji manifestonya yang sepatutnya ditunaikan dalam 100 hari pentadbiran.
Hanya satu janji sahaja dipenuhi iaitu 'mengkaji semula projek mega', manakala 2 janji lagi, 'menghapuskan GST' dan 'KWSP untuk suri rumah' tidak berjalan dengan sempurna.
PH telah berjanji untuk menurunkan harga barang dengan menghapuskan GST. Malangnya selepas GST dihapuskan, harga barang tidak turun malah sejumlah besar harga barang naik dengan mendadak.
KWSP untuk suri rumah pula terlalu sukar untuk didaftarkan. Hampir kesemua suri rumah yang ke KWSP akan gagal mendaftarkan diri kerana peraturan yang tidak munasabah yang digariskan oleh Pakatan Harapan.
Manakala 7 lagi janji gagal ditunaikan dan mungkin tidak akan ditunaikan langsung walau sepenggal lagi diberikan kepada Pakatan Harapan.
Tun Mahathir mengaku yang KERAjaan PH tidak mampu untuk menunaikan janjinya dalam penggal ini.
Wan Azizah pun dengan sombongnya berkata tidak perlu meminta maaf walau gagal tunai janji dalam 100 hari ini.
Oleh itu, satu himpunan akan dilakukan bagi menyatakan bantahan rakyat Malaysia kepada KERAjaan Pakatan Harapan akan kegagalan mereka di lokasi berikut:

1: Utara (Perlis, Kedah, Pulau Pinang)
Tarikh: 18.08.2018
Masa: 12 tengahari
Lokasi: GAMA (Simpang Enam Komtar) Pulau Pinang
Penyelaras: Abdul Muhaimin Anuar, Sarina Aman, Din Brutus

2: Perak
Tarikh: 18.08.2018
Masa: 12 tengahari
Lokasi: Dataran Menara Condong Teluk Intan
Penyelaras: Murali Ballah

3: Kuala Lumpur / Selangor
Tarikh: 18.08.2018
Masa: 12 tengahari
Lokasi: Amcorp Mall Petaling Jaya
Penyelaras:Rose Nieza, Aaron Kong, Mohd Nur Akmal, Muralitharan Ramachandran, Junita Abu Bakar

4: Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor)
Tarikh: 18.08.2018
Masa: 12 tengahari
Lokasi: Danga Bay, Parking Lot
Penyelaras: Dr Ismail Ali, Nora Alwi, Adam Chuah Tiong

5. Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang)
Tarikh: 18.08.2018
Masa: 12 tengahari
Lokasi: Di Hadapan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
Penyelaras: Shah Nas, Lynn Carol, Khairul CB
Ketua penyelaras: Datin Hasnah Abd Rahman (Penang) & Daniel Goh (Selatan)

Turut bersama: Dato Ramesh Rao Krishnan Naidu (Perak), Dato Lokman Noor Adam (KL/Sel), Datuk Mejar Huan Penang (Penang) dan Badrul Hisham Mokhtar (Pantai Timur)
Sila hadir dengan berpakaian hitam.
T-shirt himpunan dibekalkan namun jika tidak mencukupi atau ketiadaan saiz, maka dinasihatkan untuk memakai pakaian hitam sendiri dari rumah.
Sila hubungi penyelaras masing-masing untuk tempahan saiz t-shirt.
Himpunan di seluruh negara ini adalah untuk memastikan KERAjaan PH bertanggungjawab dengan janji-janji mereka. Himpunan ini bukan seperti himpunan reformasi. Protes yang bakal kita adakan ini, merupakan perjumpaan beramai-ramai dalam bentuk aman, membina dan mengikut lunas undang-undang.
Suka diingatkan bahawa perjumpaan ini adalah secara sukarela. Segala perbelanjaan adalah tanggungjawab sendiri. Tetapi impak dari protes ini amat besar di mana KERAjaan pasti memandang serius kepada rakyat yang tidak berpuashati dan sekaligus memberikan isyarat kepada KERAjaan PH untuk menunaikan janji mereka serta mentadbir negara tercinta kita dengan lebih berhati-hati.
Sebab itu lah kita sebagai rakyat harus menjadi kuasa pendesak. Suara rakyat suara keramat!
Oleh itu, kami menyeru agar anda semua untuk turut serta bersama kami menjadi kuasa pendesak menyampaikan suara rakyat!
Dato’ Lokman Noor bin Adam
Pengerusi
Sekretariat Suara Rakyat dan Pemantau Prestasi KERAjaan, UMNO Malaysia
0123320000

Previous
Next Post »
loading...