Apa yang orang politik wajib hadami, apabila kita bercakap tentang isu Syiah di Malaysia, kita bukan bercakap seolah-olah Syiah telah wujud ratusan tahun dahulu di Malaysia. Seolah-olah sudah ada orang Melayu Malaysia yang menganut Syiah sejak tujuh keturunan mereka. Seolah-olah sejak dahulu sudah wujud perkampungan, mullah dan kitab-kitab jawi Syiah di Malaysia. Sekali-kali tidak!
Sebaliknya, apa yang kita tegaskan adalah apa yang berlaku
hanya beberapa dekad ini. Apabila sudah ada orang Melayu yang menganut Syiah. Menulis buku-buku yang membela Syiah. Membuka markaz-markaz pengajian Syiah. Menyambut hari-hari ritual Syiah. Ini sebenarnya adalah hasil daripada harakah al-tashayyu’ iaitu GERAKAN PENSYIAHAN yg terjadi kepada orang Melayu di Malaysia. Sebahagiannya menjadi kajian dalam tesis PhD saya yang memfokuskan kelicikan penganut Syiah Melayu memasukkan jarum-jarum Syiah menerusi penulisan.
Percayalah, jika hari ini kita mengatakan Syiah itu hanya isu perbezaan mazhab, ketahuilah esok lusa akan lahir generasi Melayu yang lidahnya lancang mengutuk, mencaci maki & mempertikai para sahabat, kononnya atas dasar “berbeza pendapat”.
Wallahul musta’aan..

Jual Kuih Raya Depan Bank Anzalna Nasir Kongsi Re ...

Jpj Sita 19 Motosikal Lakukan Aksi Bahaya Dan Mere ...

India Catat Purata Jualan 10 Unit Maybach Seminggu ...

Mimi Lana Tak Sabar Mahu Beraya Dengan Mentua ...