Get $25 free
loading...

Lagu Kenegaraan Dahulu Lebih Patriotik, Jadi Nostalgia Lagu "Sejahtera Malaysia" Kini Diangkat Kembali Dalam 6 Bahasa


Sudah pasti ramai antara kita tahu akan lagu-lagu kenegaraan dahulu yang selalu kita dengar bermain di kaca televisyen dan corong radio seperti lagu Barisan kita, Warisan, Tanggal 31, Saya Anak Malaysia, Bahtera Merdeka, Sejahtera Malaysia dan pelbagai lagi.

Sudah pasti dalam salah satu senarai lagu patriotik ini, lagu "Sejahtera Malaysia'' memang masih tersemat lagi di dalam hati sanubari mereka yang lahir pada tahun 1960-1990 di mana lagu ini cukup sinonim dan dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi wanita terhebat ketika itu.


Ramai mengakui lagu nanyian Fauziah Ahmad Daud, Azlina Aziz, Rohana Jalil dan Elaine kang ini berjaya menyemarakkan semangat patriotik rakyat Malaysia ketika itu, sekaligus setiap kali 31 Ogos sambutan dari rakyat Malaysia cukup meriah di mana rata-rata kenderaan dan premis menggantung bendera Jalur Gemilang.

Terpanggil untuk menyemarakkan semangat patriotik sempena sambutan kemerdekaan Malaysia ke 61 tahun ni, pihak Telekom Malaysia(TM) telah tampil mengambil anisiatif memeriahkan lagi sambutan hari kemerdekaan dengan mempopularkan kembali lagu "Sejahtera Malaysia" berkenaan.

Apa yang menarik, lagu "Sejahtera Malaysia ini dinyanyikan dalam 7 bahasa utama kaum terbesar di negara kita yang terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang kaum.

Jadi lagu ini telah telah dinyanyikan dalam 7 bahasa utama seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Jaku Iban dan Kadazan Dusun.

Terdapat 2 jalan cerita yang berasingan yang direkodkan dalam format menegak, untuk penghayatan yang lebih menarik di mana jalan cerita pertama adalah mengenai bapa dan anak lelakinya dalam perjalanan ke dataran untuk menyambut hari kebangsaan

Jalan cerita kedua pula adalah mengenai pemuzik yang dalam perjalanan ke dataran untuk membuat persembahan sempena sambutan hari kebangsaan.

 Jom kita tonton video istimewa daripada TM ini.


Untuk lebih menghayati video ini dengan lebih mantap, tonton dengan menggabungkan dua skrin telefon bimbit bersama.

Jadi, wahai rakyat Malaysia, terbinanya negara berdaulat Malaysia melalui proses kemerdekaan, jadi janganlah kita lupa akan perjuangan-perjuangan perwira kita masa dahulu, ayuh, kibarkanlah jalur gemilang, semarakkan kemerdekaan kita ini.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...