1. APAKAH pendirian anda berdua tentang kenyataan yang dibuat oleh Shareena ini?
2. Dalam konteks konsep Rahmatan anda berdua, siapa yang patut rahmah di sini? Shareena atau 86% yang marah dengan kenyataan dia?
3. Dalam konteks diskriminasi, siapa yang diskriminasi siapa di sini? Shareena didiskriminasi oleh majoriti yang marah itu? Atau Shareena yang kurang ajar?
4. Adakah anda berdua akan menjemput Shareena untuk berdialog dan berakhir dengan sidang media beri pentas kepadanya seperti yang anda berdua lakukan untuk Nisha Ayub? Memberi pentas JAKIM kepada fahaman sesat?
5. Tidakkah kenyataan Shareena itu menyentuh kedudukan jawatan anda berdua sendiri? Juga menyentuh JAKIM? Tidakkah maksudnya itu ialah jawatan anda berdua dan JAKIM satu masa nanti (bukan sekarang atau masa terdekat) akan dihapuskan? Tidakkah jawatan anda berdua dan JAKIM adalah salah satu contoh endemik yang Shareena sebutkan?
6. Tidakkah jika berdiam diri itu menunjukkan anda berdua bacul dalam mempertahankan Islam melalui jawatan yang anda pegang sekarang? Tidakkah, jika menurut logik anda yang mahu semua orang diberikan pentas, sepatutnya dianjurkan wacana keburukan sekularisme dan bahaya fahaman salah yang dibawa oleh SIS? Apakah media arus perdana seperti TV dan Radio di bawah kuasa anda berdua tidak perlu agresif melawan fahaman songsang seperti ini?
Tidak kira apa jawapan anda berdua, jika TIADA TINDAKAN AGRESIF MENGEKANG FAHAMAN SALAH INI SECARA TERBUKA sebagaimana mereka menyebarkannya secara terbuka (dirasmikan oleh menteri), maka sahlah bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang DIDOMINASI OLEH BUKAN MUSLIM DAN MUSLIM YANG BERFIKIRAN LIBERAL SEKULAR.
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
Ahli Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia
Ahli Majlis Syura Ikatan Muslimin Malaysia
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis.