Get $25 free
loading...

Semak Baki Kad TnG Melalui Aplikasi Touch ‘n Go

Aplikasi Touch ‘n Go (TnG) bukanlah baru diperkenalkan dalam satu dua hari ini, namun ianya telah wujud sejak bulan March 2018 lagi. Dengan erti kata lain, telah hampir setengah tahun ianya berada didalam arkib PlayStore atau App Store untuk dimuat turun pengguna.

Namun, disebabkan penggunaannya dalam kehidupan seharian dilihat agak “kurang penting” kerana kurangnya fungsi yang terhad, maka kadar muat turun aplikasi ini agak rendah. Tapi nasib baiklah dengan adanya kemaskini yang dikeluarkan baru-baru menjadikan ia lebih “berguna” kepada orang ramai.

Ini kerana melalui kemaskini tersebut, satu fungsi yang lebih “penting” telah wujud dimana pengguna kini boleh mula memaut dan menyemak baki kad TnG masing-masing.

Walaupun fungsi ini hanya dapat menyemak baki tanpa boleh menambah nilai pada kad TnG tersebut, namun sedikit sebanyak dengan fungsi ini membuatkan aplikasi TnG kelihatan berguna bagi mereka yang terlupa berapa baki yang tinggal pada kad mereka.

Namun, perlu diketahui juga bahawa baki yang dipaparkan bukanlah dalam paparan masa-nyata, sebaliknya ia adalah baki yang dikemaskini beberapa jam sebelumnya.

Jadi, buat korang yang kerap menggunakan kad TnG dinasihatkan supaya jangan terlalu bergantung kepada aplikasi ini ya. Kalau bangun awal pagi nak semak untuk pergi kerja, boleh je. Takut bila guna terlalu kerap, dapat salah maklumat terguna kad TnG yang tiada kredit didalamnya.

Nota: Untuk makluman, aplikasi TnG ini membenarkan pengguna untuk menambah dan menyemak tiga kad TnG sahaja pada sesuatu masa (termasuk MyKad).


Previous
Next Post »
loading...