Get $25 free
loading...

SKM, MARA dan PPIM mohon siasat, Koperasi kutip wang dahulu, JANJI bayar kos sara hidup RM1500 SEBULAN

Di bawah ini mesej whatsapp yang disebarkan kepada orang awam:

🚩 *KOPERASI PEMBANGUNAN USAHAWAN BESTARI SELANGOR BERHAD* ```akan menganjurkan``` *PROGRAM TRANSFORMASI KOS SARA HIDUP* ```yang akan dikendalikan oleh``` *AKADEMI PEMBANGUNAN USAHAWAN GLOBAL* 🚩

Program ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat.

Antara intipati utama program ini *peserta akan dibayar elaun sara hidup secara berkala antara RM150 hingga RM300 sebulan* dan *voucher barangan dapur RM50 sebulan*.

Peserta yang hadir kursus juga akan dibayar *saguhati kehadiran kursus RM50 - RM250*.

Apa yang lebih menarik ialah *selepas hadir 5 kursus peserta akan memperolehi elaun sara hidup RM1500 sebulan selama setahun*. Pada peringkat ini peserta boleh membeli lori pasar malam atau Food Truck dan bayaran dibuat melalui elaun bulanan tersebut.

Peserta juga dapat menikmati banyak keistimewaan lain lagi seperti *diskaun bayaran road tax kereta antara 5% - 30%* dan *berpeluang melancong secara percuma* mengikut terma dan syarat.

📌 *TAKLIMAT BERKENAAN PROGRAM INI AKAN DIADAKAN SEPERTI BUTIRAN BERIKUT;* 📌

*TARIKH*: ```18HB OGOS 2018```
*HARI*: ```SABTU```
*SESSI 1*: ```10.00 AM - 11.00 AM```
*SESSI 2*: ```02.00 PM - 03.00 PM```
*TEMPAT*: ```Kompleks Belia Dan Sukan Kg Pandan, Wilayah Persekutuan, KL```

*BAYARAN*: ```RM5.00 (Minuman dan makanan ringan disediakan) - boleh dibayar semasa pendaftaran nanti.```

*Jika berminat boleh join group ni. Klik pada link di bawah;*

https://ift.tt/2nEzm1P

Di bawah ini pula komen orang awam yang hadir taklimat pertama:

"Tadi kita g taklimat bayar pendaftaran RM5.00 pastu nak ikut modul 1 kene daftar RM100.00 bayar cash tadi pastu kalau bayar esok RM130.00 apa beza hari ini dan esok kita tanya tapi tak dapat jawapan. Kita kene cari orang 4 orang kalau tak dapat apa yg kita dapat saya dah bayar RM100.00 rasa mcm kene tipu pun ada mcm MLM masuk cari orang  bila kita bayar resit pun tak ada. Tak ada resit korperasi pun mana resit setakat cop paid sahaja siapa pun blh buat cuba bagi penerangan"

"😁 saya left dululah sebelum jadi mangsa seterusnya..... byk dah dgr mcm2 ...."

"Betul terlalu lama sehingga 4 bulan tujuan lama tu mungkin blh kutip ramai lagi duit daripada orang yg dengar taklimat terpengaruh dan terus bayar mcm saya tadi yg sedih tu kita tanya resit pegawai tu ckp
Nanti akan bagi dlm whats app betul ke mcm tu. Matlamat untuk cari satu juta usahawan berapa jutassss pula dia dpt kutip fikir lah kan. Saya dah bayar sementara menunggu untuk di panggil mengikuti kursus modul 1 saya pun dah lupa kot sbb 4 bulan nak tunggu. Akhirnya duit kita bagi tu habis begitu jer. Sedih juga baru jer dapat upah jahit baju siang radi RM120.00 mlm tadi dah habis bayar pendaftaran RM5.00 dan bayar lagi RM100.00 untuk pendaftaran masuk
Modul 1. Kita cari duit kais pagi makan pagi."


"Tlg jawab blh tak saya dpt blk duit saya RM100.00 tu saya rasa mcm masuk MLM walau pun penceramah tu ckp bukan MLM atau apa2 lagi. Susah nak percaya sbb banyak soalan2 tidak di jawab dengan tepat. Bila semua dah banyak bertanya mereka ucap terima kasih sbb hadir taklimat."

Slide pembentangan yang dikongsi oleh orang awam yang hadir:














Previous
Next Post »
loading...