Bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Datuk Mohamed Ezam Mohd. Nor berkata, beliau memandang serius pelantikan Mohd. Bakkee kerana beliau merupakan salah sorang Ahli Lembaga 1MDB.
Ezam yang juga Pengerusi Hisbah Malaysia berkata, nama Mohd. Bakkee turut dinyatakan beberapa kali dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) berhubung skandal syarikat berkenaan.
"Mengekalkan kedudukan beliau sedia ada dalam GLCs sementara siasatan menyeluruh terhadap 1MDB di tuntaskan boleh diterima tetapi membuat perlantikan baharu didalam sebuah agensi kerajaan adalah salah dan tidak boleh diterima sama sekali.
"Pada April 2017 saya melakukan saman sivil terhadap PM ketika itu Najib Razak dan kesemua ahli lembaga pengarah 1MDB termasuk Bakkee.Kes ini masih berjalan di Mahkamah Rayuan," tegas Ezam.
Jelas Ezam komitmen kerajaan baharu untuk melakukan pembetulah terhadap kesalahan lalu terutama 1MDB perlu menyeluruh dan tidak melibatkan beberapa individu sahaja.
Ezam juga berkata, Hisbah turut meneliti kelakuan beberapa pemimpin kerajaan baharu yang memberi muka dan layanan istimewa kepada mereka yang jelas terlibat dengan skandal 1MDB.-UTUSAN ONLINE