Get $25 free
loading...

Cybertrooper Pro PH BERHATI TISU - mengamuk sakan bila PH dikritik


BERSAMA PERTAHANKAN KERAJAAN PH
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Nak jadi backbenchers kerajaan, atau cybertrooper kerajaan, atau macai maya kerajaan, ia adalah satu pekerjaan yang agak berat dan sukar, berbanding menjadi macai pembangkang. Kebanyakan troopers penyokong kerajaan dahulunya adalah troopers pembangkang.
2) Kerja mendefend kerajaan daripada serangan pembangkang, manipulasi berita dan fakta daripada macai pembangkang dan kritikan-kritikan terhadap kerajaan - memang sesuatu yang sangat memerlukan kesabaran, penelitian, pembacaan, pemahaman, dan skill mantik yang tinggi.
3) Sebab itu kita lihat kebanyakan troopers pro-kerajaan PH ada yang kelihatan mandom, dormant, mengambil sikap tunggu dan lihat, termalu alah dan sebagainya apabila diserang oleh troopers pembangkang. Bahkan sudah ramai orang buat kesimpulan, macai kerajaan PH berhati tisu - mengamuk sakan apabila kerajaan PH dikritik dan sebagainya - yang mana macai kerajaan BN dahulu pun tak seteruk itu.
4) Ia bukan masalah hati tisu. Ia adalah fenomena biasa apabila berlaku transisi kerja membangkang kepada kerja mempertahan. Tempo kerja berubah dalam masa yang singkat itu menyebabkan ramai yang tidak bersedia - menyebabkan berlakunya kes hati tisu, mudah melenting dengan kritikan dan sebagainya.
5) Isu-isu seperti PTPTN, MyBrain, UEC, LGBT, SST, pemansuhan peruntukan untuk nelayan, pemansuhan peruntukan untuk RELA dan sebagainya, menjadikan kerja macai maya PH agak sukar. terbaru, isu litar lumba F1. Stress jadinya nak pertahan kerajaan dalam isu ini, tatkala pembangkang bagai mendapat peluru hidup. Mana laaa hati tak tisu.
6) Stress, kalau tak diurus dengan baik, boleh mengakibatkan depression - kemurungan. Saya bimbang cybertrooper atau nama kampungnya macai maya - mengalami depression yang kritikal , sedangkan belum 100 hari pentadbiran Malaysia Baru ini. Bertahan itu lebih sukar berbanding menyerang. Bertabahlah rakan-rakan macai maya semua.
Sekian
p/s: Ayah tolong ekonomi anak - itu namanya nafkah. Anak tolong ekonomi bapak, itu namanya anak yang soleh. #F
Previous
Next Post »
loading...