Get $25 free
loading...

Pakatan Pembangkang Desak Permudahkan Proses Murtad?

Share This:

MEMANG kurang ajar dan biadap. Perbuatan mereka bukan sahaja dilihat sebagai menghina agama Islam malah ianya bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Pakatan pembangkang diketuai DAP dilaporkan telah mendesak dan menggesa kerajaan negeri Sarawak untuk meminda undang-undang negeri bagi memastikan terdapat garis panduan yang jelas untuk mereka yang ingin murtad daripada Islam.

Menurut sumber, Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Fidzuan Zaidi mendakwa, prosedur operasi standard (SOP) perlu jelas supaya golongan murtad boleh mendapatkan ‘Surat Murtad’ bagi membolehkan mereka diiktiraf secara rasmi sebagai bukan lagi seorang Muslim.

“SOP itu sangat diperlukan jadi mereka yang ingin keluar daripada agama Islam jelas apa yang perlu dilakukan.”

Kenyataan tersebut turut ditandatangani oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen dan Ketua PKR Sarawak, Baru Bian yang mewakili mereka yang ingin murtad dalam kes baru-baru ini.

Dakwa Fidzuan lagi, Pakatan mahukan prosedur menghendaki sesiapa yang mahu meninggalkan Islam untuk menyediakan dokumentasi bagi membuktikan mereka sudah tidak lagi mengamalkan Islam dan berniat keluar agama.

Selain itu, garis panduan yang jelas untuk peguam perlu diwujudkan bagi membenarkan mereka hadir di Mahkamah Syariah.

“Langkah ini kerana bahawa banyak peguam Syariah akan enggan mengambil kes-kes murtad kerana takut dijenamakan sebagai memurtadkan Me­layu,” katanya dalam kenyataan yang dipetik menerusi akaun Facebook Chieng Jen.

Mahkamah Persekutuan Sarawak sebelum ini telah sebulat suara menolak permohonan tiga orang mualaf dan seorang yang dilahirkan Muslim untuk murtad dan menyatakan bahawa bidang kuasa perkara tersebut terletak di bawah kuasa Mahkamah Syariah Sarawak.

Pakatan pembangkang diketuai DAP ini jelas cuba mencabar perlembagaan negara. Kebebasan beragama merupakan hak yang dijamin bagi semua orang, sama ada warganegara atau pun tidak, di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa setiap orang di Malaysia berhak menganut, mengamalkan dan menyebarkan agama. Perkara 11 boleh dikaitkan dengan Perkara 3 kerana Perkara 11 jelas memberi keistimewaan kepada orang-orang Islam. Ini jelas kelihatan dalam fasal 4 yang melarang penyebaran agama-agama selain Islam kepada orang Islam.

Perkara 11(4) kelihatan agak tidak adil. Namun, penganut agama bukan Islam yang mengetahui bahawa murtad atau perbuatan keluar daripada agama Islam itu suatu kesalahan akan memahami mengapa peruntukan sebegitu diperlukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang mana-mana negara digubal berlandaskan realiti semasa dan sejarah negara tersebut.

Dalam konteks Malaysia, sejarah pelaksanaan perundangan Islam dan faktor majoriti penduduk yang beragama Islam tanpa mengira bangsa perlu diiktiraf dan diambil kira dalam merangka perlembagaan.

Undang-undang berfungsi untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran di mana semua kepercayaan boleh bersaing secara aman, berdasarkan ajaran agama mereka. Namun begitu, layanan yang sama terhadap semua agama tidak bermakna semua agama mempunyai kebenaran yang sama.

Melihat keadilan dari sudut falsafah konvensional adalah sesuatu yang ilusif dan tidak berpijak di bumi yang nyata. Banyak perkara, apabila dibahagi sama rata, tidak membawa keadilan.

Keadilan boleh berlaku walaupun hak tidak diberi sama rata tetapi diberi bersesuaian dengan keadaan serta kewajaran. Sejarah Tanah Melayu sememangnya memaparkan sistem perundangan Islam yang bertapak lebih awal dan lebih menyeluruh pelaksanaannya. Oleh itu, tidak semestinya tidak adil apabila Perlembagaan Persekutuan memberi kelebihan kepada agama Islam dan penganutnya

Namun pakatan pembangkang diketuai DAP cuba berlaku tidak adil kepada orang Islam dengan mendesak konsep sama rata walaupun ianya jelas tidak adil kepada Bumiputera.

Perjuangan pakatan dalam isu murtad sekadar mempamerkan kepada rakyat betapa bongkak, angkuh, sombong dan beraninya mereka menentang Perlembagaan Negara. Mereka tidak peduli mengenai betul, salah, halal, haram dan sebagainya selagi matlamat jahat mereka tercapai. Negara kita mempunyai undang-undang yang dapat menjaga keharmonian semua kaum tetapi pakatan pembangkang cuba menganggu gugat perkara ini.

– pru14.tv

Comments

comments

Related Post



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...