Fitnah dan pembohongan dilemparkan pembangkang, terutama perkara yang boleh mengancam ekonomi negara bukanlah lagi satu perkara baharu, ianya sudah kedengaran sejak tahun lepas lagi dan seakan sudah muak didengar.
Apa yang digambarkan oleh pembankang terlalu buruk seolah-olah tanah air ini tidak layak dihuni sesiapa.Jika diikutkan tohmahan pembangkang dan penyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad (Pakatun) sejak 2005, Malaysia sudah jatuh bankrap.
Malangnya buat mereka (pembangkang), pelbagai petunjuk positif terus terserlah apabila ekonomi negara menunjukkan prestasi yang baik dan di luar jangkaan pada tahun lalu dengan pertumbuhan 5.9 peratus, melepasi unjuran para penganalisis termasuk Bank Dunia.
Prestasi beberapa syarikat dan bank utama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017, sudah cukup untuk menceritakan tentang hakikat ekonomi kita.
Keuntungan bersih Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dikatakan melonjak 91.2 peratus kepada RM45.4 bilion daripada RM23.8 bilion pada 2016. Prestasi Petronas adalah petunjuk utama ekonomi Malaysia.
Menurut sumber dalaman mengatakan, keuntungan bersih Malayan Banking Bhd. (Maybank) pula meningkat sebanyak 12 peratus kepada rekod RM7.80 bilion iaitu kali pertama melebihi paras RM7 bilion.
Sebuah lagi perbankan utama, CIMB Group Holdings Bhd juga dikatakan mencatatkan keuntungan bersih RM4.61 bilion iaitu meningkat 26.8 peratus.
Maybank, Cimb dan juga Petronas, masing-masing menunjukkan prestasi yang baik dan mencatatkan peningkatan keuntungan, tidak seperti yang selalu digambarkan oleh pembangkang.
Kalau ada yang bagi tahu negara bankrap, itu adalah fitnah dan dakwaan yang tidak berasas. Bukti yang jelas sudah menunjukkan negara berada pada kedudukan ekonomi kukuh dan mampu memacu transformasi negara untuk kesejahteraan rakyat.Bukan itu sahaja,banyak lagi petanda positif yang membuktikan Malaysia jauh daripada muflis malah sebaliknya berada pada landasan terbaik.
Yang sebenarnya bankrap adalah pembangkang.Mereka bankrap isu, terpaksa guna apa saja isu untuk terus menyerang kerajaan. Mereka (pembankang) seolah lebih gembira melihat kejatuhan ekonomi negara dan bertepuk tangan, hanya disebabkan benci kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Justeru,apa yang kita lihat ekonomi negara pada masa kini sebenarnya tidak seperti yang didakwa oleh pembangkang dengan mengemukakan fakta ekonomi yang direka reka bagi meyakinkan ramai yang seolah sudah menjadi (mindset) rakyat berasa ekonomi di Malaysia berada pada tahap yang begitu teruk sekali.
Apakah mereka masih mahu terus mahu memburukkan ekonomi negara lagi? Jadi, yang bankrap sebenarnya adalah pembangkang kerana mereka megulangi dakwaan kitar semula yang sudah muak didengar hingga sanggup menabur fitnah demi kepentingan politiknya.
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini