Get $25 free
loading...

Mahathir Ceramah Atas Lori Pikap, Terdesak Atau Raih Simpati?

Share This:

Pakatan pembangkang seolah bagaikan ‘telinga tempayan’ apabila tetap mengadakan program ceramah Jelajah Pakatan Harapan #Kamunting3.3 di laluan masuk utama Kampung Bukit Jana, Kamunting Sabtu malam yang lalu termasuk menggunakan treler sebagai pentas utama ceramah walaupun menerima bantahan penduduk.

Memetik sumber mengatakan, perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib selepas menerima aduan dan laporan mengenainya,tambahan lagi program berkenaan itu juga dikatakan tiada permit.

Kedegilan mereka (pembangkang) menyebabkan sepasukan anggota polis hadir kira-kira jam 8.30 malam meminta pihak penganjur mengalih dan mengeluarkan treler berkenaan dari kawasan berkenaan sebelum majlis bermula.

Tak dapat guna treler, guna lori pikap pun jadi. Adakah Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP ini seolah terdesak atau cuba raih simpati rakyat?

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PH Mohamad Sabu pula menyelar pihak berkuasa dengan mengaitkan kapal mewah ahli perniagaan Low Taek Jho yang dirampas pihak berkuasa Indonesia di Bali, baru-baru ini.

Rampasan kapal layar mewah yang didakwa milik ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali minggu lalu,sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata semalam, pihak pembangkang akan menggunakan isu ini dan cuba untuk mengaitkan kononnya kapal tersebut dibiayai oleh 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) sedangkan ia tiada kaitan langsung.

Mereka seolah gembira bila tahu rakyat akan marah apabila mereka mengaitkannya dengan dana itu.

Sementara itu, Presiden Pakatan Harapan (PH) Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata sibuk mengatakan rakyat ditekankan dengan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Namun, Presiden Pakatan Harapan diketuai DAP ini seolah tidak sedar kononnya GST patut dihapuskan tetapi dalam masa sama dikatakan akan mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sudah lapuk.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebelum ini, Dr Mahathir juga sedar akan perkara itu dan pernah mengakui GST lebih baik daripada SST kerana pentadbiran beliau sendiri yang mengesyorkan untuk menaik taraf cukai kepada sistem GST. Sekali lagi Tun melakukan u-turn (pusingan U),

Apa yang dikatakan pembangkang mengenai bebanan dan kesusahan rakyat mengunakan sistem GST,sebaliknya mereka sendiri lah yang cuba membebankan rakyat dengan secara tersembunyi melalui perkhidmatan (SST).

Justeru, apakah mereka mahu menggantikan dengan SST dengan kadarnya yang tidak dimaklumkan kepada pembeli hanya semata mengemis undi? Bukankah ini satu pembohongan? Jadi,rakyat perlu sedar disebalik agenda pembangkang ini yang hanya semata-mata mahu merebut kuasa dengan cuba meraih simpati rakyat.

-PRU14.TV

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...