Pembayar cukai yang menggunakan kaedah eFiling dalam menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) perlu mengingati kata laluan yang betul bagi memasuki laman ezHasil.
Bagaimanapun jika pembayar cukai menghadapai masalah lupa kata laluan untuk login ke laman sesawang https://ez.hasil.gov.my, kini penyelesaian tersebut adalah lebih mudah.
Pembayar cukai boleh memohon Kod Pengaktifan Sementara yang perlu dilakukan secara menghantar pesanan ringkas melalui khidmat Short Messaging System (SMS).
Terlebih dahulu hanya pembayar cukai yang mempunyai nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sahaja yang boleh mendapatkan khidmat ini.
Bagi pengguna sijil digital individu, pembayar cukai individu boleh menaip “HASILEF<jarak>IND<jarak><Nombor Pengenalan>” dan menghantar ke 38888.
Begitu juga dengan pembayar cukai yang menngunakan sijil digital organisasi, pembayar cukai boleh menaip “HASILEF<jarak>OEF<jarak><Nombor Pengenalan>” dan hantar ke 38888.
Jika pembayar cukai mempunyai e-mel berdaftar dengan LHDNM, pembayar cukai hanya perlu memasukkan sebarang nombor pengenalan berupa nombor kad pengenalan baru, nombor pasport, nombor tentera atau nombor polis yang berdaftar.
Selain itu, jika masih terdapat sebarang kesukaran untuk mendapatkan kata laluan yang baru, pembayar cukai juga boleh hadir ke cawangan LHDNM yang berdekatan untuk mendapatkannya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi HASIL Care Line di talian 1-800-88-5436 (LHDN) bagi mendapatkan sebarang nasihat dan tindakan selanjutnya.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini