Bangga sungguh Azmin umumkan duit Rizab Selangor sampai RM3.18 billion. Rizab naik bukan kerana cekapnya pengurusan Azmin Ali tetapi kerana Azmin Ali naikkan cukai tanah sampai 5 dan 6 kali ganda. Baki duit tanah Ijok sebanyak RM758.6 juta dikira sekali kah dalam rizab Selangor?
Selain itu, duit peruntukan kerajaan pusat untuk Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) sebanyak RM400 juta hingga RM500 juta setahun tidak boleh dikira sekali sebagai rizab Selangor oleh Azmin Ali.
Hasil tanah yang berlipat kali ganda tinggi, duit skandal tanah Ijok, duit Marris dan juga duit peruntukan kerajaan pusat BN untuk membantu masalah air di Selangor tidak boleh dicampur aduk sekali sebagai rizab negeri Selangor.
Senanglah kerja macam itu, ambil duit orang kemudian mengaku duit yang banyak dalam poket dia itu adalah duit hasil usaha dia sendiri. Hutang orang tidak mahu bayar. Patutlah dapat sakit pinggang pun.
Kerajaan BN Pusat telah bagi RM14 billion untuk skim penstrukturan semula industri bekalan air di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655).
Pelaburan RM14 billion yang disalurkan Kerajaan BN Pusat akan membolehkan rakyat Selangor menikmati 99 peratus akses kepada bekalan air bersih dengan kadar tarif domestik yang rendah iaitu hanya 57 sen bagi 20 meter padu pertama atau kira-kira RM11.
Kerajaan BN Pusat telah bagi duit kepada kerajaan Selangor untuk ambil alih semua aset air tapi hasilnya, Azmin Ali tidak ambil alih Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd, SPLASH
Duit RM14 billion itu, tujuannya adalah untuk strukturkan semua syarikat air di Selangor. Ambil alihSPLASH dan wujudkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (AIS). Kerajaan BN Pusat bagi RM14 billion kerana memikirkan nasib rakyat Selangor tetapi Azmin tidak peduli itu semua.
Sampai ke hari ini, AIS ini masih lagi tidak diwujudkan. Duit sudah ambil RM14 billion. Tugas AIS iaitu syarikat yang 100% dimiliki oleh kerajaan negeri Azmin Ali adalah membayar RM700 setahun kepada kerajaan BN Pusat.
Sampai ke hari ini, hutang RM700 setahun ini masih belum dibayar tetapi Azmin Ali berlagak bagi air percuma 20 meter padu atau RM11 sebulan. Untuk belanja bagi air percuma ini sahaja, Azmin sudah habiskan RM14 juta sebulan, maknanya setahun sudah berjumlah RM168 juta.
Hutang tidak bayar, berlagak pula guna duit kerajaan BN Pusat beri air percuma. Tindakan Azmin tidak mahu bayar hutang kepadaPengurusan Aset Air Berhad, PAAB sejumlah RM700 setahun dan mengambil alih SPLASH ini menyusahkan banyak pihak termasuklah rakyat Selangor.
Kenapa susah sangat Azmin hendak bayar hutang ini? Apa gunanya berbangga duit simpanan banyak tetapi hutang tidak bayar? Bila jadi begitu, SPLASH yang juga hadapi masalah membeli air terawat untuk dibekalkan bagi kegunaan rakyat Selangor.
Bila air terawat kurang dan loji bermasalah maka timbullah isu dan krisis bekalan air di Selangor. Azmin lah punca krisis air ini berlaku. Duit Kerajaan BN Pusat sudah bagi, ke mana duit itu pergi?
Perangai Azmin ini samalah macam perangai Guan Eng di Pulau Pinang, beratus juta sudah diberi oleh Kerajaan BN Pusat untuk atasi projek tebatan banjir, tetapi banjir tetap juga berlaku. Duit yang bagi itu lesap ke mana?
Hari ini orang Gombak, Shah Alam dan Hulu Selangor hadapi krisis air sampai 3 hari. Sekarang ini bukan musim kemarau, hujan turun setiap hari di Selangor. Air empangan masih penuh, tetapi ada masalah loji dan air terawat. Ini semua terjadi kerana sikap dan perangai teruk Azmin Ali.
Azmin Ali lebih pentingkan “tembolok” sendiri sahaja dari masalah rakyat. Azmin tidak tahu, rakyat yang tinggal di rumah flat dan pangsapuri sudah bertahun tahun sakit pinggang angkat air dari tingkat bawah ke tingkat atas.
Rakyat sudah lama sakit pinggang kerana masalah air. Satu sahaja jalan penyelesaiannya, beri balik kerajaan Selangor pada Barisan Nasional. Lagi pun air percuma yang rakyat Selangor dapat sekarang bukannya duit Azmin Ali, ianya adalah duit Kerajaan BN Pusat.
Duit RM14 billion itu ke mana pergi? Lesap ke mana?
Tulisan :
Beruang Biru
BB804, Isnin
5 Mac 2018
-PRU14.TV
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini