Get $25 free
loading...

Pemandu van tumbuk cermin kereta Wan Azizah, Netizen harap jangan hukum, hanya nasihat




Seorang pemandu van ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat pada kenderaan jenis Toyota Alphard milik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.



Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Noor Azmi Yusoff  berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang, semalam di Jalan Tun Razak.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut, telah berlaku kemalangan kecil antara Toyota Alphard yang dipandu pemandu peribadi Timbalan Perdana Menteri sendirian dengan sebuah van di simpang keluar sebuah bangunan.

"Akibat itu, pemandu van jenis Toyota Hiace itu tidak berpuas hati dan menurunkan tingkap.

"Pemandu van tersebut telah turun dari kenderaannya lalu terus menumbuk cermin hadapan Toyota Alphard tersebut hingga retak sebelum beredar," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan berjumlah RM3,000.
Susulan itu, laporan telah dibuat dan polis telah menahan pemandu van berusia 42 tahun itu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi di Jalan Ampang.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Antara komen Netizen:

"Nasihat sahaja lah pemandu Van tu, jangan di hukum bagai, kita taknak jadi negara teroris yg menghukum orang"

"Jangan la menghukum pemandu Van tu...jangan tunjuk Islam hanya suka menghukum....belai dan nasihat la pemandu van tu selembut yg mungkin...."

"Pemandu van tersebut berang akibat telah di kencing...beliau mengaku telah bg undi pda ph semasa pru 14"

"please jgn hukum..nasihatkan la dulu...nnt atok marah...atok x suka hukum2 org ni..dia suka nasihat dulu.."

"Ini semua di sebabkan kemarahan rakyat terhadap pemimpin bodoh PH...SehinggA rakyat hilang pertimbangan"

"Hahaha dh bjanji mcm2 lpas tu kena kencing plak.. Mana org x sakit aty oi.. Hahaha"

"Jangan ambil tindakan mahkamah. Nasihat je.....kalau perlu bagi dia duit utk melembutkan hatinya. Ini mungkin kesalahannya yg pertama. Jangan besarkan isu, ini boleh mengaibkan dia. Maaf, ini cuma pandangan peribadi je."

"Jgn terus menghukum!!! Bagi nasihat aje dulu sebagai org islam n negara islam jgn mencerminkan islam tu bengisssss."

"Tak baik mengaibkan pemandu van yg menumbuk tu...
Maafkan lah dia..
kalau boleh..

Berikan zakat asnaf ar-riqab kpd pemandu van itu.. supaya dia kembali ke pangkal jalan. Boleh jadi.. pemandu van itu terkejut sempena hari terkejut sedunia."

"Baru kes kemalangan kecil sudah mencetuskan kemarahan apatah lagi jika penipuan terhadap rakyat dengan janji munafik....."

"mahalnya keta wan azizah..mana dia dpt duit? rakyat kan tgh susah..

ohh dia x pe..cuma lebai je yg kena naik basikal"

"Atok kata jangan hukum. Nasihat je dulu. Baru lah islam x dianggap bengis. Atok kata. So klw kereta pecah pon nasihat dulu ye. #Hidupkronipetron"

"Jgn ditangkap si pelakunya...ikutlah nasihat atuk bg nasihat dulu mungkin dia tak sengaja buat mcm tu..islam bukan agama yg menghukum tp mendidik jd didiklah pelakunya dgn lemah lembut sopan santun bagai menatang minyak petron.."

"Kerajaan ph tidak boleh mendenda pemandu van tersebut, jika denda dikenakan, org akan melihat islam itu agama suka menghukum.

Eh, mcm pernah dengar ayat ni..."

 "akpa bang... jumpalah AG... dia baik hati, mood baik, insyaallah terlepas."

"Harap2 pemandu van tu LGBT, pasti lepas punya, atau ngaku jelah bang, Mujahid mesti suka"
Previous
Next Post »
loading...