"Inilah DASAR KERA, kera dihutan disusukan, rakyat sendiri dibebankan atas alasan tidak boleh diberi tongkat"
"Dulu KERA kata tutup Klinik 1 Malaysia hanya FITNAH Pembangkang, sekarang KERA buat u-turn"
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan sejumlah 33 Klinik 1Malaysia akan ditutup secara berperingkat manakala 313 lagi akan dijenamakan semula sebagai Klinik Komuniti.
"Penutupan 33 klinik ini akan dilakukan secara berperingkat dan tidak akan menjejaskan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di sekitarnya, kerana ada fasiliti kesihatan berdekatan (hospital dan klinik kesihatan)," katanya ketika sidang media selepas melancarkan Minggu Penjagaan Kesihatan Gigi peringkat kebangsaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Beliau berkata, setiap Klinik Komuniti itu nanti akan dijaga seorang pegawai kesihatan, ahli farmasi dan beberapa jururawat.
Perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, katanya lagi.
Pada masa ini, terdapat 346 klinik 1Malaysia di seluruh negara. Ia diperkenalkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010. - Malaysiakini