Get $25 free
loading...

Hina Islam: 10 NGO buat laporan polis

Sepuluh badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Bentong semalam berhubung status menghina, mencerca hingga menyentuh sensitiviti umat Islam yang dimuat naik di media sosial Facebook, baru-baru ini.

Status tersebut dipercayai milik individu yang dikenali Kenneth V. Wang dikesan telah memuat naik sejurus pandangan Exco Pemuda PAS, Ustaz Roslan Md Esa dengan yang dipetik Sinar Online pada 31 Julai di bawah tajuk Perkasakan Sekolah Tahfiz Berbanding UEC.

Ustaz Roslan mewakili sepuluh NGO tersebut membuat laporan polis berkata, kejadian tersebut berlaku pada 5 Ogos sewaktu beliau melayari Facebook dan mendapati pandangan beliau pada Sinar Online itu telah dikongsi oleh Kenneth dengan tulisan F*CK LAH.

"Dia meletakkan perkataan lucah (F*CK LAH), selepas itu saya lihat post orang yang sama dalam akaun Facebook Group Atheis Malaysia yang jelas menghina Islam.

"Saya juga telah melihat beberapa status lain oleh orang yang sama, antaranya menghina JAKIM tanpa asas dan menghina kitab suci al-Quran dan menghina pemakaian menutup aurat yang wajib ke atas umat Islam.

"Status tersebut telah menjadi perbualan dan perkongsian hangat di media sosial khususnya di facebook," katanya kepada Harakah hari ini.

Justeru itu, beliau bersama sepuluh pertubuhan badan bukan kerajaan tampil membuat laporan polis atas tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang telah menyalahgunakan ruangan media sosial dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu tersebut.

"Status sebegini adalah status tidak bertanggungjawab yang mendedahkan kepada risiko mengganggu gugat perpaduan dan keamanan dalam negara," ujarnya. – HARAKAHDAILY 7/8/2018
Previous
Next Post »
loading...