Kini Mahathir bukan sahaja berhadapan dengan kebencian rakyat Malaysia malah ianya telah menjadi duri dalam daging dalam DAP. Jika kita minta pandangan masyarakat Cina, rata rata diantara mereka amat membenci Mahathir yang dianggap mereka adalah musuh sepanjang zaman.
Kezaliman Mahathir terhadap masyarakat Cina bukan baru diperkatakan, malah ianya diucapkan puluhan tahun dahulu. Dendam kesumat ini tetap terpahat dihati masayarakat Cina terhadap Mahathir.
Itu ceritanya masa berkuasa dan lumrah alam ada kalanya berada diatas ada kalanya berada dibawah. Kini Mahathir terpaksa melutut dikaki DAP untuk mengejar agenda tersembunyinya yang kini banyak diperkatakan oleh rakyat.
Bagi pengikut DAP, Mahathir adalah liabiliti yang terpaksa ditanggung oleh DAP , walau bagaimana pun DAP terpaksa menerima kehadiran PPBM yang diketuai oleh Mahathir untuk dipergunakan sebagai balaci bagi memecahkan perpaduan Melayu yang amat ditakuti DAP.
Satu persatu pemimpin Melayu yang dilihat sebagai individu yang gila jawatan dan pangkat serta kuasa diangkat oleh DAP dan dipuji tindakan mereka beralih fahaman politik dan misi ini digunakan DAP dengan menggunakan slogan slogan yang berkaitan dengan rakyat.
DAP mahu menguasai undi Melayu dalam pilihanraya akan datang, mahu atau tidak DAP terpaksa akur bahawa kekuatan pengundi dikalangan Melayu itu datangnya dari UMNO . Secara langsung UMNO adalah batu halangan untuk DAP mendapatkan kuasa.
Hari ini, isu Forex telah menjadi mimpi ngeri kepada Mahathir dimana beliau sendiri tidak menyangka bahawa satu bentuk siasatan dilakukan terhadapnya. Hal ini adalah kemarahan rakyat dimana melihat tindakan tersebut telah menjahanamkan Negara.
Bukan itu sahaja Mahathir adalah satu liabiliti kepada pengundi Cina berikutan dakwaan beliau terlibat dalam skandal pertukaran mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia pada tahun 1980-an dan 1990-an.
Rata rata dikalangan pengundi DAP sentiasa berhati hati dengan setiap gerak langkah Mahathir yang mana mereka tahu bahawa manusia bernama Mahathir ini akan melakukan apa sahaja asalkan hajatnya tercapai.
Umpanan DAP dengan meletakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri bertempoh hanya untuk memastikan mulut Mahathir senyap seketika dan disamping akan dapat mengawalnya dan mempergunakannya sebagai balaci untuk kepentingan DAP.
Walaupun terdapatnya sokongan dari PKR terhadap penamaan nama Mahathir sebagai Perdana Menteri sebelum Anwar Ibrahim tamat tempoh hukumannya tetapi pada masa yang sama DAP terus mendiamkan diri.
Malah DAP melalui Guan Eng berkata akan membincangkan hal berkaitan tersebut dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pembangkang dan keputusan muktamad akan dikeluarkan. Apakah nama Wan Azizah sekali lagi akan naik sebagai calon Perdana Menteri?
Dalam pada masa yang sama secara halusnya Mahathir terus dipaksa membongkar kebenaran cerita yang berlaku dizaman pemerintahannya oleh rakan sekutu mereka sendiri. Sebagai contohnya dimana Tian Chua bertanyakan isu berkaitan penahanan Anwar Ibrahim.
Sebagaimana biasa sesiapa yang mengenali Mahathir akan tahu jawapan jawapan yang akan diberikan olehnya. Sudah pastinya ada subjek lain yang akan dipersalahkan dalam hal ini. Sudah pastinya anggota polis yang menjalankan tugasan yang diarahkan.
Susulan jawapan itu Naib Presiden PKR, Tian Chua melahirkan rasa kesal terhadap Mahathir berkaitan dengan peranannya dalam penyingkiran Anwar dari kabinet dan UMNO pada September 1998 akibat salah laku seksual luar tabie.
Sekarang, Mahathir sedang sibuk menyalahkan PAS berhubung kait isu “Kafir”apabila melihat perpaduan yang terjalin diantara UMNO dan PAS sebagai rakan politik yang berjuang ke satu arah yang sama walaupun berlainan pandangan dan fahaman.
Melihat keadaan ini, kita tahu bahawa Mahathir amat terdesak dalam cubaannya mencari pengaruh politik dalam posisi yang berbeza iaitu dalam kelompok pembangkang. Cara ini amat disukai oleh DAP dan melihat Balaci mereka Mahathir sedang memusnahkan perpaduan sesama agama dan bangsa.
“Menepuk air dalam dulang” itulah yang dibuat oleh Mahathir , semakin banyak dia bersuara semakin banyak pendedahan kejahatan yang dilakukan olehnya sebelum ini. Dulu Mahathir sedap kata PAS mengkafirkan orang. Kini, Mahathir pula mengkafirkan orang PAS.
Mahathir bertindak agresif sebegini semata mata hendak ambil hati DAP sahaja. Mahathir boleh menjadi apa sahaja tanpa mempedulikan ajaran agama Islam asalkan cita citanya tercapai. Matlamat menghalalkan cara- Itu lah Mahathir.
Dipenghujung usia, Mahathir akan lalui setiap perbuatan yang dilakukan oleh nya sebelum ini dengan penghinaan sehingga kematiannya. Hanya kerana kuasa dan kekayaan kroninya Mahathir kini seperti orang hilang akal dalam usaha untuk menyelamatkan “Harta Rampasan Perang”.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini