Get $25 free
loading...

Puteri DAP Tolak Mahathir Jadi PM Pakatan

Share This:

Perebutan siapa yang akan dipilih jadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) sudah mula menunjukkan kesan buruknya kepada pakatan itu sendiri apabila puteri dari DAP sudah menunjukkan rasa meluat kerana pembangkang sedang galak merebut kerusi berkenaan.

Ahli Jawatankuasa DAP Selangor Young Syefura Othman hari ini menempelak para pemimpin yang lebih senior daripada dirinya agar tidak kecoh dan berebut jawatan sebaliknya memberikan perhatian kepada kerja untuk rakyat terlebih dahulu.

“Kecoh tak habis tentang siapa nak jadi PM.

“Mana solusi masalah rakyat? Mana solusi masalah anak muda? Mana solusi masalah wanita?

“Buat kerja dan cuba menang dulu boleh tak?

“Siapa yang dapat sokongan majoriti Ahli Parlimen, jadilah PM nanti,” katanya yang mesra dikenali dengan nama Rara.

Semalam, berlaku kekeliruan dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH apabila Mahathir mengatakan bahawa pengumuman akan dibuat selepas mesyuarat tetapi mengubahnya dengan menyatakan bahawa pengumuman akan dibuat selepas Konvensyen Harapa yang akan diadakan pada hujung minggu ini.

Pihak media bertanyakan berulang kali soalan siapakah calon Perdana Menteri kepada Mahathir, tapi beliau tetap bertegas bahawa pegumuman akan dibuat selepas konvensyen berlangsung.

Ada petanda bahawa perbincangan tentang siapa jadi Perdana Menteri tidak berlangsung dengan baik apabila ada jawapan Mahathir yang menyatakan dia akan jawab sama ada mereka ada berbincang atau tidak.

“Saya akan maklumkan di konvensyen sama ada kami ada berbincang atau tidak, atau kami hanya senyum antara satu sama lain,” katanya.

Begitu jelas ada suasana yang tidak elok dalam kem pembangkang pada masa kini. Entah-entah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang sudah bagi peringatan kepada bekas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan Mahathir bahawa jangan berebut kerana beliau yang akan jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang.

Ketika ini ada cerita yang Anwar yang merupakan Ketua Umum PKR, enggan terima Mahathir jadi Perdana Menteri seperti yang dicadangkan oleh parti lain dalam pakatan itu dan perebutan dipercayai berlaku antara mereka berdua.

Bagi Rara, dia mahu pembangkang fokus kepada buat kerja untuk rakyat sampai menang pilihan raya baru fikirkan siapa hendak jadi Perdana Menteri, tapi bagi pemimpin dalam pakatan, mereka perlu membuat pengumuman awal sebelum PRU berlangsung.

Dipercayai beliau membuat kecoh menempelak konflik rebut jawatan ini kerana tidak mahu Mahathir jadi Perdana Menteri sebab Mahathir tidak mampu membawa apa-apa perubahan baru kepada negara ini.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...