Get $25 free
loading...

Mahukah Kita Ditadbir Oleh Mereka Yang Sudah Terlalu Tua?

Share This:

Harus diakui bahawa faktor usia amat memainkan peranan dalam memastikan keberkesanan pentadbiran sesebuah negara. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, kebanyakan negara di dunia memilih Presiden atau Perdana Menteri yang muda dan secara puratanya, pemimpin-pemimpin ini adalah dalam lingkungan 65 dan kebawah.

Namun di Malaysia, lain pula halnya terutamanya di pihak pembangkang. Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri seandainya pakatan pembangkang berkenaan berjaya menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak. Tidak cukup dengan itu, Mahathir dikhabarkan akan menjawat jawatan berkenaan untuk sementara sebelum ianya diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Untuk rekod, Mahathir sendiri telah berusia 93 tahun di mana seandainya Mahathir mahu memegang jawatan berkenaan untuk 1 penggal, dia dijangka akan melepaskan jawatan berkenaan pada usia 98 tahun. Bagi Anwar pula, 10 Ogos ini akan genaplah 70 tahun. Sebaik sahaja dia dibebaskan pada 8 Jun nanti, dia terpaksa menunggu untuk tempoh 5 tahun yang akan datang barulah dia berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri.

Pada ketika itu, usianya sudah mencecah angka 75 tahun dan jika dia mahu memegang jawatan berkenaan selama sepenggal, usianya akan mencecah 80 tahun. Bukankah pada usia ini boleh dianggap sebagai usia “sudden death” atau lebih kita kenali sebagai usia yang sangat “senja”?

Bagi Lim Kit Siang pula, bulan hadapan, usianya mencecah angka 76 tahun dan seandainya dia di pilih sebagai peneraju negara, untuk 5 tahun yang akan datang, usianya mencecah angka 81 tahun. Begitu juga dengan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yasin. Mei ini akan genaplah usianya 70 tahun dan memandangkan peranannya ditenggelamkan di dalam Pakatan Harapan, harapannya untuk menjadi Perdana Menteri nampak kelam.

Mari kita lihat, usia Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. pada 23 Julai ini, usia beliau baru mencecah angka 64 tahun dan seandainya berjaya mempertahankan kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak, usia beliau adalah 70 tahaun sekiranya beliau berjaya menghabiskan satu lagi penggal pentadbirannya.

Bagaimana pula dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi? Pada 4 Januari lalu, usia beliau sudah mencecah angka 65 tahun dan seandainya berjaya mempertahankan kemenangan BN, sekiranya beliau menghabiskan penggal pentadbirannya, usia beliau mencecah angka 70 tahun.

Lihat perbezaan usia ini. Mahathir, 93 tahun, Lim Kit Siang, 76 tahun, Anwar Ibrahim, 70 tahun (campur 5 tahun tempoh penggantungan menjadikan usianya 75 tahun), Datuk Seri Mohd Najib, 64 tahun dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, 65 tahun. Terdapat perbezaan yang cukup ketara pada usia mereka. Adakah kita mahu dipimpin oleh orang-orang yang sudah terlalu tua begini?

Jika ada yang mendakwa usia Perdana Menteri dan timbalannya juga sudah dianggap tua, perlu ditegaskan bahawa kedua-dua orang pemimpin tertinggi negara ini belum lagi mencecah usia 70 tahun seperti kebanyakan pemimpin pembangkang yang ada hari ini. Mereka masih mampu memimpin dan paling utama, usia mereka dianggap matang dalam arena politik dunia.

Comments

comments

Related Post

Pakatan Harapan Ada Lima Pasangan Untuk Dicalonkan...
Najib Razak Diberi Penghormatan Masuk Makam Rasulu...
Apa Sudah Jadi Mahathir?
PKR Selangor Tolak Mahathir


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...