Get $25 free
loading...

Mahathir Sudah Jadi Anugerah Tuhan Untuk Wan Azizah, Bukan Anwar Lagi

Share This:

Pada 27 November 2010 yang dulu Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan suaminya, Anwar Ibrahim adalah anugerah Tuhan sebagai pemimpin kepada rakyat negara ini untuk mengembalikan keyakinan ahli PKR pada masa itu yang sudah semakin terhakis.

Kata beliau pada masa itu, suaminya yang kini dipenjara kerana kes liwat merupakan Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.

Kemudian, kini pada 7 Januari lepas, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada masa ini, Mahathir Mohamad pula diumumkan sebagai calon Perdana Menteri jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti, dan bukan lagi Anwar.

Senang-senang Dr Wan Azizah yang dulunya begitu menyanjung suaminya kini terpaksa menyanjung Mahathir dan akur bahawa seteru utama mereka sekeluarga bakal jadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang mereka menang.

Badan NGO, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) hari ini melalui Presidennya Ramesh Rao turut sama mempersoalkan Dr Wan Azizah dan mendesak Ahli Parlimen PKR-Permatang Pauh itu menjawab apakah status Mahathir dari pandangannya, adakah Mahathir sudah lebih hebat dari Anwar?

“Mohon Dr Wan Azizah untuk jawab, Mahathir anugerah Tuhan atau apa? Sebab dulu kata Wan Azizah, Anwar Ibrahim Anugerah Tuhan dan hanya Anwar yang layak jadi Perdana Menteri.

“Kini sudah bertukar, Wan Azizah dikatakan setuju untuk Mahathir jadi Perdana Menteri secara tidak langsung hilang prinsip bahawa hanya suaminya yang layak jadi Perdana Menteri,” kata Ramesh dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, tindakan Dr Wan Azizah ini jelas mengelirukan rakyat kerana beliau bersama-sama Anwar bersungguh-sungguh pada tahun 1998 berjuang di jalanan untuk menjatuhkan Mahathir yang ketika itu jadi Perdana Menteri dalam reformasi kerana memecat suaminya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu.

Ramesh berkata, beliau pada masa itu turut sama-sama menyokong Reformasi dan turut berdepan pengalaman ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menyertai reformasi.

“Apa Dr Wan Azizah hendak jawab kepada pejuang reformasi yang setia sejak 1998 melaungkan nama Anwar, hadir ke perhimpunan haram sampai dikejar pihak berkuasa kemudian ditangkap, ada pula sebahagian ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih dikuatkuasakan pada masa itu.

“Sebab itu saya minta beliau jawab kerana, tindakan ini amat luar biasa untuk Dr Wan Azizah menerima Mahathir yang cukup dibenci oleh suaminya dulu, tapi kini sudah direstui secara terbuka untuk jadi Perdana Menteri bagi Pakatan,” katanya.

Ramesh dalam kenyataan itu berkata, ini adalah satu permainan politik yang amat berbahaya dan pembangkang benar-benar menggunakan harapan rakyat sebagai permainan manipulasi mereka untuk meraih undi sehingga tergamak buat keputusan u-turn dan mendadak sesuka hati.

“Dalam politik, u-turn bukan permainan untuk perbodohkan rakyat. Keputusan harus dibuat memikirkan apa yang rakyat mahukan dan pendirian harus konsisten untuk kepentingan rakyat, bukan buat keputusan ikut suasana supaya ia sentiasa memihak kepada pihak tertentu sahaja,” katanya.

Sudahlah Mahathir kaki u-turn, sekejap kata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) rasuah, kemudian kata pembangkang akan tetap berikan BR1M, mula-mula hendak hapuskan GST, kemudian kekalkan pula GST, kini Dr Wan Azizah pun sudah mula ikut cara Mahathir untuk u-turn sana sini.

Perkara tipu rakyat soal pembahagian kerusi antara parti dalam pakatan pun belum selesai, pendirian ini pula diubah-ubah, dulu kata Anwar anugerah Tuhan, sekarang Mahathir yang pecat suaminya pula disanjung dan diterima ibarat sudah mengatasi suaminya Anwar.

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...