Get $25 free
loading...

Jangan Berterusan Memainkan Sentimen MA63

Share This:

Antara perkara yang begitu sensitif bagi kalangan penduduk di Sarawak dan Sabah adalah Perjanjian Sabah Sarawak dan Persekutuan Malaya atau lebih dikenali sebagai MA63. Bagi negeri Sarawak, perkara yang berbangkit berhubung perjanjian ini sedang berada dalam proses peringkat rundingan antara kerajaan negeri Sarawak dan Kerajaan Pusat.

Bagi negeri Sabah pula, ada kemungkinan negeri ini akan menilai semula beberapa perkara yang mungkin diambil secara sengaja ataupun tidak oleh kerajaan Persekutuan. Ini adalah normal buat kerajaan Sarawak dan Sabah bagi membela nasib penduduk setempat supaya perjanjian ini kekal relevan dan dihormati oleh semua pihak.

Namun begitu, bagi pembangkang di Sabah terutamanya Parti Warisan Sabah (Warisan), MA63 ini antara perkara yang paling digemari oleh para pemimpin mereka untuk di manipulasi. Dalam banyak ceramah dan kempen mereka terutamanya di kawasan pendalaman, mereka begitu giat memutar belit keadaan berhubung isu ini.

Pelbagai perkara di permainkan oleh kelompok ahli politik ini sehinggakan ada diantara perkara yang diputar belitkan oleh mereka hampi serupa dengan apa yang diputar belitkan oleh seorang aktivis wanita yang menuntut kemerdekaan Sabah, Doris Jones.

Bagi mereka mudah, politikkan apa sahaja termasuk mempermain dan menyalah gunakan prihal MA63 ini demi kepentingan politik mereka. Apa yang mereka mahukan adalah kuasa sehinggakan mereka begitu berani mendakwa, Tan Sri Musa Aman langsung tidak mengambil peduli apa sahaja perkara yang melibatkan MA63.

Walhal, sepanjang pentadbiran beliau di Sabah, beliau sentiasa menjaga dan memelihara hak Sabah dan terbaru, beliau sendiri sedang dalam rangka kajian untuk melihat, ada ataupun tidak hak-hak rakyat Sabah yang terkandung di dalam MA63, telah terambil oleh kerajaan Persekutuan. Perkara ini adalah tindakan yang sama yang dilakukan oleh kerajaan negeri Sarawak hari ini.

Oleh yang demikian, apa yang diharapkan, berpolitiklah dengan cara matang. Usah di bawa dakyah mengarut Sabah for Sabahanyang diasaskan oleh Doris Jones ini. Apa yang dibimbangi adalah, hubungan akrab rakyat di Semenanjung dengan penduduk di Kepulauan Borneo akan terjejas disebabkan nafsu tamak pemimpin setemapt yang lebih mengutamakan undi untuk diri sendiri dari keharmonian bermasyarakat.

Banyak lagi isu setempat yang boleh disentuh dan diperhalusi berbanding memainkan isu membabitkan MA63. Apa yang terkandung di dalam MA63 sudah tercatat secara sah dan semua pihak bebas untuk melihatnya. Andai mereka memilih untuk memanupulasikan MA63, mereka harus sedar yang mereka hari ini sedang cuba “mambakar hangus” semangat 1 Malaysia dari jiwa dan sanubari rakyat Sabah.

Comments

comments

Related Post

Baki 57 Kerusi Lagi Milik Siapa? Adakah Kerusi DAP...
Rafeah Buang Orang Pertama Didakwa Kesalahan Whats...
Jangan Mainkan Sentimen Agama Untuk Raih Undi
Bajet PH : Hak Rakyat Sabah Dan Sarawak Ditidakkan...


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...