Pada masa kini, pemakaian kostum, cosplay anime atau superhero semakin menjadi satu fenomena yang trending pada anak-anak muda.Namun, apakah hukum bagi umat islam jika menyerupai seperti cosplay dewa anime?
Bagi umat Islam, sewajarnya mengkaji dan meneliti terlebih dahulu hukum-hakam yang berkait supaya setiap tindak-tanduk kita berada pada landasan syarak.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berfatwa adalah haram untuk mengenakan kostum adi wira anime sekiranya pakaian tersebut menyerupai dewa-dewa dalam agama atau kepercayaan lain atau rekaan seperti Beerus, Haruhi Suzumiya, Deus Ex Machina dan lain-lain.
Mufti berkata, “Sekiranya ada yang mempersoalkan kaitan pemakaian kostum dewa-dewa dengan akidah, kami katakan bahawa ia bukan isu tergugat atau rosaknya akidah tetapi ia adalah isu jati diri seorang Muslim.”
Begitu juga dengan pakaian kostum yang menyebabkan aurat sang pemakainya terdedah, hukumnya adalah haram. Beliau juga mengatakan bahawa pakaian kostum yang memerlukan belanja yang besar sehingga membazir juga adalah haram.
Menurut sumber berkata, beliau menukilkan pandangan Al-Maraghi sebagai penjelasan lanjut kepada kesimpulan fatwanya itu: “Al-Maraghi menyatakan Allah SWT menghendaki manusia bersikap sederhana dalam melakukan sesuatu kerana Allah dan tidak suka sama sekali mereka yang melampaui batas.”
“Bahkan Allah SWT menghukum mereka atas sikap berlebih-lebihan ini sesuai dengan bahaya dan kerosakan yang mereka timbulkan.
Ini kerana, mereka telah melanggar sunnah-sunnah fitrah dan berbuat jahat terhadap diri mereka sendiri serta harta mereka.”
Berkenaan mereka yang memakai kostum pakaian adi wira dengan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, hukumnya adalah makruh menurut tokoh agamawan tersebut.
Mengulas lanjut mengenai hukum kemakruhan tersebut, beliau berkata, “Memakai pakaian yang menyalahi adat kebiasaan orang ramai adalah makruh kerana ia membawa kepada menunjuk-nunjuk dan juga umpatan orang lain.”
“Nabi SAW juga melarang umatnya daripada sifat menunjuk-nunjuk dalam berpakaian.
Hal ini kerana, sikap tersebut akan mendatangkan fitnah tidak hanya kepada pemakai malah turut kepada agama Islam,” katanya lagi.
Justeru, biarpun tiada kaitan jelas antara pemakaian kostum dengan pegangan akidah, namun hukum yang jatuh adalah demi menjaga jati diri seorang Muslim.
Comments
comments
lagi info di : Gosip Artis Terkini
