Get $25 free
loading...

ELAK CUKAI ADALAH JENAYAH KEWANGAN : Bahagian 2

Share This:

Godaan nafsu dan kuasa yang dimiliki menjadikan sebilangan mereka di luar sana terus rambang atau buta dengan ketamakan mengaut kekayaan haram dan tidak membayar cukai langsung kepada negara.

Sudah tentunya jenayah kewangan ini dilakukan oleh golongan professional, mempunyai kuasa dan pangkat dalam memastikan jenayah mereka ini tidak akan terbongkar.

Menurut mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, jenayah ini dilakukan oleh golongan professional tanpa kekerasan sehingga

kadangkala tidak dilihat sebagai satu jenayah yang terancang kerana ia dilakukan dengan sangat licik, teliti dan kreatif.

Hal ini selalunya terjadi sebagai contoh seorang akauntan boleh mengubah angka atau melaporkan secara kreatif dalam laporan kewangan syarikat gergasi dengan menggunakan kuasa monopoli mereka atau menggunakan kesempatan yang diperolehi melalui transaksi bagi mengaburi pihak berkuasa dan mengaut keuntungan secara tidak sah.

Kemajuan teknologi dengan kemunculan internet, platform digital ekonomi serta mata wang digital seperti cryptocurrencies telah menjadikan penyiasatan ke atas jenayah kewangan menjadi lebih kompleks dan rumit.

Sehingga hari ini, Malaysia menanggung kerugian kos antara RM15 juta hingga RM25 bilion setahun dalam menangani jenayah terancang dan jenayah kewangan lain yang semakin meningkat setiap tahun.

Tanpa berdiam diri, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membentuk satu pakatan kerjasama strategik dalam usaha mencegah jenayah kewangan, rasuah dan pengelakan cukai pendapatan di Malaysia.

Melalui kerjasama ini diharapkan nilai berbilion ringgit yang tidak dilaporkan mampu memberi manfaat semula kepada rakyat melalui projek-projek pembangunan dan sosial. Ini bagi menghapuskan juga tanggapan dan persepsi rasuah yang berkait rapat dengan jenayah kewangan.

Pemulihan indeks persepsi rasuah akan memberi kesan yang baik kepada prestasi pelaburan negara dan seterusnya penarafan kredit negara juga akan turut bertambah baik dengan skor yang lebih tinggi diberikan oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s dan Standard & Poor (S&P).

Comments

comments



lagi info di : Gosip Artis Terkini

Previous
Next Post »
loading...