Get $25 free
loading...

Perjanjian kereta api RTS kemuncak pertemuan pemimpin Malaysia-Singapura

Perjanjian kereta api Johor-Singapura di bawah projek Sistem Transit Rapid (RTS) dijangka dapat membantu 2 negara menangani masalah kesesakan di Tambak Johor dan Tuas.

Najib-SingaporeSINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura hari ini dengan mengadakan pertemuan empat mata dengan rakan sejawatannya, Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Istana di sini.

Antara menteri Kabinet Malaysia dan pegawai kanan yang dijangka menghadiri mesyuarat itu termasuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Zulkifli Adnan.

Sementara itu, antara Menteri Singapura yang dijangka menghadiri mesyuarat itu termasuk Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan; Menteri Pendidikan (Sekolah) merangkap Menteri Kedua Pengangkutan, Ng Chee Meng dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon.

Kemuncak pemukiman itu akan membawa kepada kedua-dua pemimpin menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dua hala projek Sistem Transit Rapid (RTS) laluan Johor Bahru-Singapura antara Rahman dan Khaw serta memorandum persefahaman berkaitan kerjasama pendidikan di antara Singapura dan Malaysia yang akan ditandatangani Mahdzir dan Ng.

Selepas itu, Lee dan isteri, Ho Ching akan menganjurkan jamuan tengah hari rasmi untuk meraikan delegasi Malaysia di Istana.

Najib kemudian akan menghadiri sesi jamuan petang bersama komuniti Malaysia di sini sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

RTS, yang kali pertama diumumkan semasa pemukiman kedua-dua pemimpin pada 2010, dijangka dapat membantu kedua-dua negara menangani masalah kesesakan di Tambak Johor dan Tuas.

Dijangka beroperasi pada 2024, ia menghubungkan perkhidmatan pengangkutan awam antara Singapura dan Johor Bahru melalui stesen RTS di Bukit Chagar serta stesen MRT Woodlands North.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...