Get $25 free
loading...

“Tak Cukup Untuk Menumbangkan Aku…” – Tangan Luka & Handphone Hilang, PU Abu Diserang Samseng?

Lama kita tak dengar cerita daripada pendakwah selebriti, PU Abu selepas kontroversi masalah rumah tangga sedkit masa dulu yang menjadi bualan hangat di media sosial.

BACA : “Cari Dekat Padang Mahsyar” – PU Abu ‘Sound’ Caprice

Baru-baru ini, PU Abu memuat naik gambar di Instagram yang memaparkan dirinya mengalami kecederaan di bahagaian tangan seperti luka terkena senjata tajam.

“Aku bersyukur kerana tidak ada apa-apa yg berlaku hanya sekadar calar balar cili bili culu bulu di tangan .4 – 5 orang bilangan yang tak cukup untuk menumbangkan aku sebab aku yakin Allah sentiasa ada dengan aku. Allah adalah sebaik2 pelindung.” – tulis PU Abu pada kapsyen foto terbabit.

Jika dilihat pada kapsyen terbabit, kemungkinan Abu telah diserang antara empat atau lima orang samseng dan dilihat pada instastory, dia juga kehilangan telefon bimbitnya.

Dalam pada itu, pelbagai respon daripada netizen dan walaupun dilanda masalah, setengah netizen sempat untuk meninggalkan komen mengaitkan kisah bekas isterinya yang diceraikan semasa sarat hamil sebelum ini.

https://ift.tt/2I2d5ps

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...