Get $25 free
loading...

MK K-Clique Dicium Peminat Ketika ‘Wefie’, Netizen Bengang Dengan Wanita Tak Tahu Malu

Siapa sangka rakaman video seorang peminat wanita secara tiba-tiba bertindak mencium pipi penyanyi rap MK K-Clique semasa ‘wefie’ menjadi perhatian di media sosial.

BACA : “Tiada Perasaan Terhadap Emma Maembong” – Noki K-Clique Suka Wanita Bertudung & Tinggi Lampai

Malah, video terbabit viral di media sosial dan pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen dan peminat penyanyi 27 tahun itu.

Video yang memaparkan MK dikerumuni peminat wanita yang ingin bergambar dengannya, namun salah seorang daripada mereka tiba-tiba mencium pipi dan boleh dilihat MK membuat reaksi geli dan mengelap pipinya yang mungkin terkena air liur wanita itu.

Menurut MK, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang serius dan wanita itu sudah menghubunginya untuk meminta maaf.

“Perkara ini bukan serius sangat pun, wanita itu sudah sedar dia buat silap dan hubungi team saya untuk minta maaf.

“Saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan,” jelas MK kepada mStar.

Namun, rata-rata netizen bengang dan meluahkan asa kesal dan marah terhadap tindakan wanita yang mencium MK dan mengecam wanita tersebut tiada rasa malu.

Video MK K-Clique Geli Dicium Peminat Wanita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...