Penyanyi lelaki berusia 41 tahun ditahan polis bersama rakannya selepas disyaki memiliki dadah jenis syabu di luar kawasan rumah kedai di Taman Perling di Johor Bahru, 11.30 malam tadi.
BACA : Vokalis Kumpulan Rock Ditahan Polis, Miliki Dadah Bernilai RM100
Penyanyi yang merupakan bekas vokalis kumpulan popular 90-an ditahan dan polis menemui satu paket dadah dipercayai jenis syabu dalam dompet penyanyi
Sebelum ditahan, penyanyi dan rakannya dalam keadaan mencurigakan ketika menunggang sebuah motosikal Yamaha LC 135 di kawasan terbabit.
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama.
Menurut laporan Harian Metro, penyanyi lelaki itu juga pernah menyertai sebuah program hiburan realiti dan pernah ditahan polis sebelum ini berkaitan dadah.
Penyanyi itu juga baru menjayakan konsert reunion bersama ahli kumpulannya, dan jika diikutkan, konsert seterusnya akan diadakan pada Oktober ini di Stadium Malawati, Shah Alam dan Singapura.

5 Resipi Rendang Sedap, Bukan Berasas Daging & ...

[live] Malaysia Vs Nepal Kelayakan Piala Asia Af ...

Sendiri Yang Baling, Bomba Pula Kena Cari Telefon ...

Siri Realme 14 Jadi Yang Pertama Di Dunia Guna Cip ...