Sebenarnya aku dah miscalculation sejak bila Khair dah tak layan handphone lagi. Rasa-rasanya dia dah lama tak pegang handphone sejak aku marah dia sekali hari tu lepas balik sekolah. Puncanya sebab dia tak melawan bila ada orang ambil barang hak milik masa kat kelas Kafa.
Actually barang tu tak ada lah penting mana pun, cuma Beyblade je. Tapi disebabkan Beyblade tu dibeli atas usaha dia kumpul sendiri duit semata-mata nak ada Beyblade yang power. Maka aku jadi naik angin bila barang yang ada sentimental value gitu dirembat orang begitu saja.
Serius weh.. jadi singa jap petang tu. Hampir-hampir aku tarik Khair keluar kereta. Hadoi.. Bila fikir balik macam over reacted pun ada. Terus beberapa ketika lepas tu, aku insaf. Malam sebelum tidur aku minta maaf balik dengan Khair. Hohoho.
Well.. itu kisah yang tak berapa nak lama la. Cuma nak dijadikan point untuk entri kali ni bilamana bermula saat aku marah tu juga, aku ada warning Khair bahawa dia tak dibenarkan lagi untuk bermain handphone.
Dalam hati.. kesian memang kesian. Nampak
Tapi.. segala yang terjadi ada hikmahnya
Disebabkan larangan tu.. Sehingga hari ni Khair dah mula dapat biasakan diri tanpa gadget nya tu. Hari demi hari, dia lebih banyak habiskan masa bermain dengan Haziq walaupun ada kalanya diorang gaduh-gaduh manja. Tapi tak lama lepas tu, main sama-sama balik. Hehehe.

Tak pun bila dia malas melayan Khair, dia banyak habiskan masa dengan komik. Ikut perangai aku gak ni. Kalau dulu bapaknya banyak kumpul komik Dragon Ball, Doraemon, Raja Rimba dll. Cuma Khair, dia minat kumpul komik Lawak Kampus. Mahal komik ni.. RM10. Mujur keluar sebulan sekali je. Hahaha

Proton Sahkan Model Ev Kedua Bakal Tiba Tahun Ini ...

5 Resipi Rendang Sedap, Bukan Berasas Daging & ...

Purata 2.6 Juta Kenderaan Singgah, Lalu Pulau Pina ...

Rasa Ajar Masak: Program Masakan Penuh Dengan Resi ...