Get $25 free
loading...

“Tembakan Itu Tersasar Sedikit…” – Anak A R Badul Mati Tertembak Masa Demontrasi

Anak pelakon lagenda, AR Badul, Mejar Mohd. Zahir Armaya dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

BACA : Disangka Haiwan Buruan, Lelaki Tertembak Adik Sendiri

Dalam kejadian jam 9.20 pagi tadi, Mejar Komando Kem Sungai Udang memakai berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera.

Menurut sumber, mangsa merupakan pegawai di pasukan 11 Rejimen Gerak Khas itu rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan.

“Tembakan itu dipercayai tersasar sedikit lalu melepasi baju kalis peluru yang dipakai mangsa,” – sumber.

Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah.

Mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, sebelum disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, dua rakaman video anak AR Badul tertembak dalam demontrasi itu viral di aplikasi WhatsApp.

Sumber : Kosmo!, Harian Metro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...