Get $25 free
loading...

Lufya Diceraikan Melalui WhatsApp Selepas Dedah Sikap Sebenar Suami Di Media Sosial

Kontroversi rumah tangga pelakon Lufya menjadi perhatian sebelum ini apabila selebriti itu mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan sering memukul dirinya.

BACA : Beri Nafkah RM500 Sebulan, Punca Nabila Minta Cerai Dari Sharnaaz Ahmad?

Namun, baru-baru ini, persoalan status rumah tangga pasangan itu terjawab apabila suami Lufya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum mendedahkan dia sudah menceraikan aktres itu pada minggu lalu.

Menurut Hafiz dalam sebuah kenyataan, dia bersetuju untuk menceraikan Lufya atas permintaan isterinya menerusi WhatsApp pada minggu lalu dan dia enggan mendedahkan punca perpisahan itu memandangkan ia terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

“Saya bersetuju dan tunaikan permintaan Lufya untuk menceraikannya. Permintaan tersebut diminta Lufya menerusi WhatsApp ketika kami sedang membincangkan isu rumah tangga.

“Biarlah kami sahaja yang tahu punca perceraian ini. Tidak perlu dimaklumkan kepada umum. Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain.

“Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain,” jelas Hafiz.

Bagaimanapun Lufya belum bersedia untuk memberi komen berhubung dengan pendedahan suaminya itu semasa dihubungi oleh mStar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...