Get $25 free
loading...

“Saya Akan Bayar Awak” – Kereta Myvi Kena Pecah, Aiman Tino Rugi RM8,000

Penyanyi Aiman Tino merayu kepada penjenayah yang memecah cermin kereta Perodua Myvi miliknya supaya memulangkan semula barang-barang yang dilarikan dan sanggup membayar kepada penjenayah terbabit.

BACA : “Aiman Tino Kemurungan, Hilang Semangat Disindir Rakan Artis Lain” – Farah Hazel Dedah Rahsia

Menurut Aiman, dia mengalami kerugian RM8,000 selepas penjenayah melarikan laptop, kamera SLR, gopro dan beg yang menyimpan kad pengenalan serta passport milik penyanyi itu.

Kejadian yang berlaku di tempat letak kereta di Subang Jaya malam tadi semasa Aiman dan pembantu peribadinya berada di sebuah kedai makan di kawasan itu.

“Assalammulaikum, kepada yang mengambil barang saya, kalau awak baca story ini, tolong! Bagi barang-barang saya tu pada saya.

“Saya perlukan. Saya akan bayar awak. Tolong DM saya secara peribadi. Saya akan jaga aib awak. Saya janji. Tolong,” tulis Aiman di Instagram.

Menerusi Instastory, Aiman memuat naik status di laman sosial merayu individu tersebut memulangkan semula barang-barangnya dan berjanji akan merahsiakan identiti penjenayah itu.

“Sekarang ini saya dah reda dengan kerugian hampir RM8,000. Penjenayah itu ambil laptop, gopro yang saya baru sahaja beli, kamera jenis Canon SLR dan beg.

“Dalam beg itu pula, ada kad pengenalan dan passport saya juga. Kejadian itu berlaku ketika saya dan Bob sedang makan di sebuah kedai Subang Jaya,” – jelas Aiman kepada mStar.

Namun, Aiman tino akhirnya mengalah dan reda dengan kehilangan barang-barang miliknya dan mengakui kejadian itu juga berpunca daripada sikap cuainya yang meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...