Seringkali dipersalahkan kerana menjual flavour vape, akhirnya pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu menyuarakan pendapatnya mengenai golongan selebriti menjadi mangsa kecaman oleh sesetengah pihak.
BACA : “Saya Setuju Jika Mamat Dikembalikan” – Shuib Tidak Kisah Mamat Sertai Sepahtu Semula
Shuib tampil menjelaskan mengenai isu budaya menghisap rokok menggunakan e-rokok atau vape semakin berleluasa dalam kalangan generasi muda itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting
“Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.
“Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas,” kata Shuib kepada mStar.
Shuib merupakan salah seorang duta cecair perisa rokok elektronik sebuah jenama dan sering mengiklankan produk tersebut melalui media sosial Instagram dan Youtube Channel miliknya.
Selain Shuib, pelawak Zizan juga salah seorang selebriti yang mempunyai produk ataupun duta salah satu jenama flavour vape yang sering dilihat di media sosial.

Ramai Founder & Influencer Di Kelantan Ter ...

Polis Tahan Pemandu Rempuh Parah Penunggang Warga ...

Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya Catat Rek ...

Pga Rampas 500 Balak Bernilai Rm1.5 Juta Di Gua Mu ...