Get $25 free
loading...

Draft Iklan Honda

1. 9 Jentera Honda Untuk 9 Pemilik Bertuah, Rezeki Anda Mungkin Tertulis Di Karnival Ini

2. Berjaya Jual Ratusan Ribu Unit Kenderaan, Syarikat Ini Mahu Beri 9 Buah Kereta Secara Percuma Untuk Balas Budi Pelanggannya

Jenama Honda adalah antara jenama kenderaan asing yang begitu popular di Malaysia. Mungkin ada yang perasan, setiap isi rumah di Malaysia pasti memiliki produk berjenama dari Jepun, begitu juga dengan jenama Honda yang tidak sukar untuk ditemui, walau tak kira di mana lokasi anda berada.

Tahu tak, sepanjang Honda bertapak di Malaysia, berapa banyak jumlah kenderaan yang berjaya dijual oleh gergasi automotif dunia itu di seluruh tanah air?

900,000 UNIT. Ya, macam tak percaya je kan Honda dah jual kenderaan sebanyak tu disini. Tambah-tambah kalau anda juga pengguna kenderaan-kenderaan tersebut, beruntung sangat-sangat sebab menjadi sebahagian daripada keluarga besar Honda Malaysia.

Bersempena pencapaian luar biasa ini, Honda Malaysia bakal mengadakan satu event khas bagi meraikan semua pelanggan-pelanggan setianya. Nanti kami kongsi apa yang bestnya mengenai event ni.

Kat mana event ni akan diadakan? Untuk pengetahuan anda semua, ia akan diadakan di Pakir Terbuka A&B Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 dan 29 September ini.

Paling penting kami nak bagitau, Honda Malaysia sempena 900,000th Unit Milestone Celebration & Carnival Edu-tainment ni amat berbesar hati untuk menghadiahkan 9 unit kenderaan jenama Honda kepada mana-mana pengunjung yang bertuah.

Pemenang-pemenang akan dipilih berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Honda Malaysia diseluruh tanah air.

Tak rugi kalau anda luang masa dekat event tu nanti sebab Honda Malaysia dah rancang siap-siap pelbagai aktiviti yang best, indoor dan outdoor.

Untuk aktiviti indoor, anda boleh menyertai aktivititi-aktiviti seperti Interactive Milestone Journey, Honda Cars Line-up, Advanced Tech Games, VR Games, Special Civic Preview, Racing Simulator, Kidzone, Honda Merchandise booth, Partners's Booth dan Sales Discussion Area.

Manakala untuk acara outdoor pula, aktiviti-aktiviti yang perlu anda sertai adalah Stage for 9 cars giveaway, Pedal Carts, Test Drive units dan juga PUD iaitu kempen penukaran beg udara.

Yang nak bawa family dan anak kecil pun tak ada masalah sebab Honda Malaysia turut membawakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh mengisi masa lapang anda bersama-sama.

Boleh bawa siap-siap baju basah, sebab nanti turut disediakan Luncur Air Gergasi sepanjang 300 meter yang boleh memuatkan seramai 500 orang dalam satu-satu masa.

Lagi satu, pada sebelah malam pula, mak ayah boleh bawa anak-anak lepak dekat Lightscape. Kat sini ada banyak prop dan setup menggunakan lampu-lampu menarik, yang pasti memang sesuai untuk anda yang gemar bergambar dan berkongsi di media sosial.

Paling best, buat yang kaki makan, Mini Food Fair dengan kehadiran 10 hingga 20 food vendor pasti memberi keterujaan untuk anda. Makanan yang macam mana? Yang kami tahu, variasi makanan yang didatangkan berasal daripada 14 buah negeri di Malaysia. Kena datang nanti, boleh ubat rindu kat makanan kampung halaman sendiri kan.

Lebih dari itu, Honda Malaysia juga turut menjalinkan kerjasama dengan Astro Radio, Tealive dan unifi dimana ketiga-tiga pihak ini turut membuka booth di acara ini nanti.

Kat event ni juga anda berpeluang untuk meneroka pelbagai teknologi-teknologi canggih Honda Advanced Technology yang ada dipasang pada kenderaan keluaran Honda. Semua jentera Honda, seperti Honda Jazz, City, Civic dan Accord akan dibawa untuk dipamerkan kepada semua pengunjung.

Kalau anda pengikut setia jenama Honda ataupun arif dengan dunia automotif semasa, anda sedia maklum dengan berita Honda akan melancarkan Honda Civic serba baru. Buat yang berada dalam perancangan untuk upgrade kenderaan, inilah masanya kerana model tersebut akan turut dipamerkan.

Jika pengunjung hanya berpeluang untuk meninjau rupa luarannya sahaja, anda yang bergelar Club Member pula diberi keistimewaan untuk melihat sendiri rekaan dalaman terkini jentera berkenaan.

Paling syok, anda sebenarnya berpeluang untuk menguji sendiri semua kenderaan-kenderaan ini untuk merasai sendiri prestasi enjin dan kecanggihan sistem yang dipasang termasuk sistem keselamatan kenderaan.

Jangan lupa okay 28 dan 29 September ni. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web dan facebook Honda Malaysia.

*mohon sertakan gambar untuk dimasukkan dalam artikel


lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...