Nampaknya selepas motosikal jenis Yamaha 15ZR atau ‘Ysuku’ dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), ramai artis didakwa menjadi punca oleh pengguna motoksikal terbabit.
BACA : “Kita Nak Scooter!” – Nur Sajat Bengang Aliff Syukri Belikan Motosikal Y15ZR Untuknya
Pelakon dan pelawak Achey Bocey antara pengguna motosikal Y15ZR juga terkesan dan tampil memberi pendapat menegnai isu tersebut.
“Jika mahu menyaman pemilik motosikal, saman juga penjual aksesori. Sama seperti kes dadah, tindakan bukan saja pada penagih tetapi pengedar,” – jelas Achey Bocey kepada Harian Metro.
Bagaimana pun, dia tidak bersetuju jika pengubahsuaian dibuat dengan niat salah seperti berlumba haram atau menyebabkan pencemaran bunyi.
“Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori.
“Kita kena adil, jika nak saman pemilik atau penunggang, perlu juga ke atas pemilik kedai. Kes ini sama saja seperti penagih dan pengedar dadah,” – Achey Bocey.
Menurut Achey lagi, jika larangan dikenakan ia merugikan kerana terdapat peniaga aksesori motosikal itu membabitkan masyarakat Melayu dan Bumiputera.
Begitu juga dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak, mengakui dia selebriti terawal mengubahsuai motosikal itu sebelum diikuti rakan artis seperti Shuib, Ajak Shiro, Achey dan usahawa kosmetik, Datuk Aliff Syukri.
“Kita Nak Scooter!” – Nur Sajat Bengang Aliff Syukri Belikan Motosikal Y15ZR Untuknya