Get $25 free
loading...

“Yang Penting Dia Bagi Salam” – Fatin Afeefa Tergelak Peminat Minta Gambar Lucah Tapi Bagi Salam

Belum reda spekulasi pelakon dan penyanyi, Fatin Afeefa yang didakwa bercium di tempat awam, timbul pula cerita baharu apabila baru-baru ini dia mendedahkan telah menerima mesej berunsur lucah dari individu yang tidak dikenali.

BACA : Peminat Hantar Foto Lucah, Zizi Kirana Terkejut & Seram Sejuk

Apa yang melucukan, individu berkenaan memberikan salam sebelum meminta gambar buah dada Fatin Afeefa menerusi mesej peribadi Instagram.

Fatin telah berkongsi paparan mesej tersebut di  laman Twitter miliknya dan sempat membalas mesej tersebut dengan sindiran.

Bukan itu saja, menurut Fatin, dia juga menerima gambar lucah individu terbabit namun tidak sanggup untuk memuat naik gambar tersebut ke laman media.

Perkongsian itu menimbulkan rasa lucu di kalangan peminat Fatin dengan tindakan individu berkenaan memberi salam sebelum meminta gambar lucah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...