Get $25 free
loading...

“Saya Dan Abu Dalam Proses Bercerai” – Hana Azraa Akui Tidak Tinggal Sebumbung Dengan PU Abu

Belum lama netizen mendedahkan yang isteri baharu PU Abu iaitu Hana Azraa didakwa hamil apabila Hana memuat naik video menerima rawatan di sebuah klinik wanita hamil, timbul pula isu baharu pasangan ini.

BACA : PU Abu Perli Nama Anak Panjang Sangat

Menurut laporan mStar, rumah tangga perkahwinan PU Abu dan dengan ibu tunggal, Hana Azraa dikatakan mulai retak selepas berkahwin dua bulan lepas.

Perkara tersebut dikongsi sendiri oleh Hana Azraa kepada media dan menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia dan Abu sudah membawa haluan masing-masing dan mereka tidak lagi tinggal bersama.

“Saya dan Abu kini dalam proses untuk bercerai. Kami dah tak tinggal sebumbung, dia di Kuala Lumpur manakala saya di Kedah.

“Saya tak nak dikaitkan lagi dengan PU Abu di media. Hidup saya cukup dengan anak-anak dan kerjaya,” – Hana Azraa.

Dilihat kepada laman sosial Instagram, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial masing-masing sejak sebulan lalu.

Tambah Hana, dia tampil mahu menjelaskan situasi rumah tangganya secara terbuka bagi mengelak salah faham dalam kalangan netizen.

“Saya harap netizen tahu keadaan sebenar antara saya dan PU Abu… tak nak mereka salah faham tentang kami.

“Walau bagaimanapun, saya tetap doakan kebahagiaan PU Abu dan Ain (bekas isteri perkahwinan pertama) serta anak mereka sampai ke syurga.

“Hubungan saya dan PU Abu akan berakhir dengan baik. Insya-Allah,” – Hana Azraa.

Manakala PU Abu enggan mengulas mengenai kenyataan Hana mengenai status rumah tangga mereka dan hanya memberitahu dengan ringkas yang dia dan Hana masih suami isteri.

Jika dilihat kenyataan Hana yang mengaitkan Ain, iaitu bekas isteri Abu dan mendoakan mereka bahagia bersama seperti Abu dan Ain mahu rujuk semula.

Adakah PU Abu dan Ain ‘Afini Latif akan rujuk semula? Sama-sama kita tunggu kenyataan daripada mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...