Gara-gara menyahut cabaran makan mi pedas yang dicampur bersama buah durian, penyanyi Ara Johari dikecam oleh ramai netizen.
BACA : “Bukan Saya Yang Bela Beruang” – Ara Johari Rimas Dituduh Bela Beruang
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, Ara pada mulanya makan mi pedas bercampur durian tersebut tetapi belum lama selepas itu, dia memuntahkan semula semua yang dimakannya dengan teruk.
Tindakan Ara itu menimbulkan kemarahan netizen kerana melakukan cabaran yang memudaratkan dan menganggap tindakan Ara itu sebagai tidak berfikir panjang.
Bukan netizen sahaja, pelakon Nabila Huda turut mengecam tindakan Ara yang menyifatkan cabaran itu sangat bodoh memandangkan dua makanan itu boleh memudaratkan dan menjadikan suhu badan meningkat.
Ada juga netizen yang menengur tindakan Ara, sebagai seorang selebriti dia tidak sepatutnya berkongsikan video tersebut kepada umum kerana bimbang akan mempengaruhi peminatnya yang akan mencuba cabaran itu.
Bukan itu saja, tidak kurang yang mengatakan tindakan Ara itu hanya untuk meraih publisiti dan viral semata-mata tanpa mengambil kira kesannya.
Jika dilihat pada video terbabit, ambulans turut datang ke lokasi mereka membuat cabaran makan mi pedas campur durian itu. Adakah Ara Johari dimasukkan ke hospital gara-gara makan mi pedas campur durian?