Get $25 free
loading...

“Ikan Masin Itu Makanan” – Nafi Hina Kemaluan Bekas Isteri, Galih Ginanjar Disiasat Polis 13 Jam

Gara-gara menghina kemaluan bekas isteri, seorang pelakon Indonesia, Galih Ginanjar disoal siasat polis selama 13 jam.

BACA : Hina Kemaluan Bekas Isteri Berbau Ikan Masin, Pelakon Bakal Dipenjara Selama 6 Tahun

Bekas isteri pelakon terbabit, Fairuz A Rafiq minggu lepas membuat laporan polis kerana mengaibkannya dengan memberitahu kepada umum bahawa bau kemaluan bekas isterinya itu berbau ikan masin di dalam sebuah program talkshow di YouTube.

Menurut laporan Tribunnews, Galih tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya bersama peguam, Rihat Hutabarat dan dibenarkan pulang selepas 13 jam siasatan dijalankan.

Galih yang ditemui media selepas soal siasat dilihat keletihan dan dibantu peguam memberikan keterangan kepada wartawan.

“Selama 13 jam ada empat pertanyaan diterima Galih berkait rakaman penghinaan dan proses pembuatan video itu.

“Siasatan berjalan lancar dan tiada tekanan dan tindakan lain, namun agak penat kerana kurang rehat,” – Rihat Hutabarat.

Galih juga tampil membela diri dengan menegaskan kenyataan bau ikan masin yang didakwa menghina itu sebenarnya bukan ditujukan pada alat sulit bekas isterinya seperti didakwa.

“Sebenarnya bagi saya ikan masin yang saya katakan itu adalah makanan,” – Galih Ginanjar.

Pada sidang media itu, isteri Galih, Barbie Kumalasari turut hadir untuk menemani suaminya itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...