Get $25 free
loading...

“Saya Memang Tampar Betul-betul” – Zul Ariffin Ditampar Mira Filzah Sebanyak Enam Kali

Pelakon Mira Filzah mengakui terpaksa menampar pelakon Zul Ariffin sebanyak enam kali bagi menjayakan sebuah babak menerusi filem terbaru, Sangkar.

BACA : “Saya Bayangkan Zul Ariffin Sebagai Suami Saya” – Fathia Latiff

Menurut Mira, dia perlu berbuat demikian bagi memenuhi tuntutan jalan cerita dan skrip, namun Mira berseloroh mengatakan tamparannya itu tidak memberi kesan kepada Zul Ariffin.

“Ada satu babak dalam filem itu memerlukan saya menampar muka Zul sebanyak enam kali.

“Saya memang tampar betul-betul tapi dengan kebenaran Zul juga. Tapi rasanya setakat tamparan saya itu, Zul tak rasa apa-apa pun,” kata Mira kepada mStar.

Mira juga memberitahu dia berasa seronok apabila buat pertama kali dapat bekerjasama dengan pelakon dan pengarah hebat.

Selain Mira dan Zul, filem arahan Kabir Bhatia itu turut dibintangi oleh Remy Ishak, Fadlan Hazim dan atlet peninju profesional MMA iaitu James Mcsweeney serta Saiful Merican, Rashid Salleh, Peter Hugh Davis dan Terry Gallyot.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...