Get $25 free
loading...

“Filem Nur Selepas Amyra Habis Pantang” – ‘Nur The Movie’ Ditayangkan Tahun Depan

Kepada peminat setia drama rantaian popular, Nur dan Nur 2, penerbit, pengarah dan penulis skrip drama tersebut, Shahrulezad Mohameddin mengesahkan karyanya itu akan difilemkan.

Menurut Shahrulezad, perbincangan lanjut sudah pun dilakukan dengan Primeworks Studio baru-baru ini dan kedua-dua belah pihak positif dengan perancangan tersebut.

“Selepas kejayaan drama Nur 2, memang ramai yang bertanya kepada saya apakah ada Nur 3 pula.

“Tapi seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak percaya kepada kejayaan sekuel sesebuah naskhah.

“Bagaimanapun selepas melihat sambutan Nur 2, ada perancangan sama ada diteruskan kepada Nur 3, dibuat Nur muzikal atau filem.

“Memandangkan saya belum pernah mengarahkan filem, jadi saya kira ini adalah masa yang sesuai untuk saya hasilkan filem sendiri. “- Shahrulezad Mohameddin.

Namun, dia menjelaskan dia baru saja tahu Amyra Rosli hamil anak kedua tetapi mujur penggambaran akan dijalankan tahun depan, manakala pelakon lain tiada sebarang masalah, memetik Sinar Harian.

Kesemua pelakon drama Nur memberikan respon positif dengan perancangan ini dan dia kini sedang memikirkan cara terbaik untuk membawa kembali Azhan Rani yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi yang telah dimatikan dalam drama Nur 2.

“Saya juga sedar pengaruh Ustaz Hamadi di dalam drama Nur sebelum ini dan berharap Azhan akan bersetuju,” – Shahrulezad Mohameddin.

Shahrulezad juga berharap filem Nur atau Nur The Movie itu dapat menemui penonton pada tahun yang sama dengan penggambaran iaitu tahun 2020.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...