Get $25 free
loading...

“Patut Tak Saya Beli Bas?” – Kereta Tak Muat, Aliff Syukri Mahu Beli Bas

Risau dengan keluarga yang besar termasuk dengan pekerja yang ramai, usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri bercadang untuk membeli bas.

BACA : Tayang Spender Mahal Di Intstagram, Ibu Aliff Syukri Bengang

Menerusi laman Instagram miliknya, Aliff Syukri akui pening dengan keluarganya yang ramai hendak pergi bercuti sekaligus, namun tidak muat untuk sebuah kereta sahaja menampung semua orang.

“Abang pening sebab sekarang ni family abang semua on the way nak bercuti, tapi 1 kereta saja tak muat…

bila anak dah ramai, dengan pembantu rumah, paparazi abang lagi, pari-pari abang lagi…

nak holiday kereta tak muat even abang ada 2 kereta,

patut tak kalau saya beli bas?” – tulis Aliff di Instagram.

Untuk mengelakkan dituduh pilih kasih sekiranya tidak bersama dalam sebuah kereta, penyanyi dan pelakon itu bercadang untuk membeli sebuah bas supaya muat untuk semua orang dalam keluarganya.

Dia cuba untuk meminta pendapat daripada netizen di laman media sosialnya itu dan ramai netizen memberi respon yang positif.

Namun, ada juga netizen yang mahukan Aliff membeli jet peribadi dan ada juga yang mahukan dia berkahwin lagi seorang. Motif? Heh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...