Get $25 free
loading...

“Budaknya Baik” – Nam Ron Tidak Percaya Syafie Naswip Gay

Heboh di dunia hiburan apabila pelakon Syafie Naswip didakwa seorang gay apabila bekas tunangnya membuat laporan polis bahawa dipukul teruk gara-gara melarang Syafie meneruskan hubungan songsang dengan kenalannya baru-baru ini.

BACA : Bengang Disuruh Putus Hubungan Songsang Dengan Kenalan, Punca Syafie Naswip Belasah Bekas Tunang

Melihat komen dan kecaman yang dilemparkan oleh netizen di media sosial, pelakon Nam Ron tampil meminta netizen berhenti melemparkan kata-kata kecaman terhadap Syafie.

Walaupun di dalam video yang dimuat naik Nam Ron tidak menyebut nama Syafie, tetapi netizen percaya video terbabit memang dikaitkan dengan Syafie.

Nam Ron menjelaskan tuduhan dan laporan polis yang dibuat bekas tunang terhadap pelakon lelaki itu belum terbukti kesahihannya.

“Kadang-kadang orang lelaki ni… apabila berkawan dengan lelaki lain, mereka ada bonding, apabila ada bonding rapat semacam tak semestinya ada hubungan songsang.

“Sakit pula hati tok ayah bila baca komen macam confirm dah pelakon lelaki ni ada hubungan songsang sebab tok ayah kenal pelakon lelaki ni budaknya baik, harap hentilah komen benda-benda ni… tak pasti duduk diam,” – jelas Nam Ron di Instagram.

Pelakon berusia 50 tahun itu memberitahu orang lelaki apabila berkawan dengan lelaki lain, mereka akan nampak rapat dan jika silap ditafsir, memang akan nampak seperti menjalinkan hubungan songsang.

Nam Ron juga menjelaskan setiap tuduhan haruslah disertakan bersama bukti dan masyarakat tidak seharusnya mempercayai bulat-bulat sesuatu perkara yang dibaca di laman sosial.

Bengang Disuruh Putus Hubungan Songsang Dengan Kenalan, Punca Syafie Naswip Belasah Bekas Tunang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...