Get $25 free
loading...

Sofi Jikan Dipenjara 12 Bulan, Dapati Bersalah Hisap Ganja

Pelakon Sofi Jikan akhirnya dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Rabu atas pertuduhan menggunakan ganja tahun lalu.

BACA : Air Kencing Positif Ganja, Sofi Jikan Terkejut

Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir memerintahkan Sofi Jikan menjalani hukuman berkenaan bermula hari ini selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukakan pihak pembelaan, iaitu tertuduh sendiri secara bersumpah di dalam kandang saksi.

“Selain itu, mahkamah juga sudah melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.

“Kamu, Mohamad Shoffi Jikan didapati bersalah dan dihukum penjara 12 bulan,” – Mohamad Ikhwan.

Menurut laporan Astro Awani, Pada 6 Februari tahun lalu, Sofi telah didakwa menggunakan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydro cannabinol-9-carboxylic acid atau THC di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, jam 11.15 malam.

Sofi didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 13 Mei lalu pula, Sofi telah diperintah untuk membela diri selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes itu.

Selain hukuman penjara 12 bulan itu, tertuduh juga diperintah berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.

Namun, mahkamah membenarkan Sofi menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara peguam yang mewakilinya, Datuk Haniff Hassan memfailkan rayuan.

Sofi Jikan Dituduh Hisap Ganja, Boleh Didenda RM5,000 Atau Penjara Dua Tahun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...