Get $25 free
loading...

Kaka Azraff Tayang ‘Baby Bump’ Pakai Baju Ketat, Netizen Kecam & Meluat

Gara-gara memakai baju ketat sehingga menonjolkan perut yang besar atau baby bump, penyanyi Kaka Azraff menerima kecaman netizen di laman sosial.

BACA : “Saya Dah Mula Takut Nak Bersalin” – Elfira Loy Berdebar Nanti Bayi Lahir

Kaka yang kini hamil enam bulan memberitahu dia menerima komen dan pandangan segelintir netizen yang berasa kurang senang dengan foto tersebut.

“Saya terima sahaja segala komen netizen sebab saya tahu semua orang ada pandangan yang berbeza dengan apa yang mereka lihat dan tak semua akan suka dengan apa yang kita lakukan.

Seorang individu meluahkan rasa kurang senang melihat foto Kaka.

“Mungkin dia hanya meluahkan apa yang dia rasa dan saya menghormati pandangannya. Saya tak nak ambil perkara itu terlalu berat sehingga menjadi tekanan pada diri saya,” jelas Kaka kepada mStar.

Foto yang mengundang kecaman itu semasa dia bersama suaminya, Adam Azriff di festival muzik yang diadakan di Genting Highland pada Sabtu dan Ahad lalu menerusi laman Instagramnya.

Mengenai individu yang meluahkan rasa kurang senang melihat Kaka seakan sengaja menayangkan perutnya yang semakin membesar, Kaka menjelaskan dia bangga dan teruja memandangkan pertama kali hamil.

“Ini kali pertama saya hamil sudah tentulah rasa bangga dan teruja bila ada baby bump tapi tidaklah sampai sengaja pakai baju yang terlalu ketat untuk tayang perut.

“Saya tak nak sorok tapi tak naklah terlalu menunjuk sahaja. Pemakaian saya pada waktu itu hanya mengikut kesesuaian acara,” – Kaka.

Kaka bakal bersalin dan menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada Oktober depan.

“Biarlah Ia Jadi Kejutan” – Elfira Loy Rahsia Jantina Anak, Tiada Majlis Pengumuman Jantina

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...