Get $25 free
loading...

Babak Romantik Dengan Sherry Alhahad, Hisyam Hamid Minta Izin Isteri Elak Cemburu

Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan bahawa dia mempunyai cara sendiri untuk memujuk isterinya, Rosmawati Hanafi supaya membenarkannya melakonkan babak romantik dengan pelakon wanita.

Hisham menjelaskan mereka akan berbincang terlebih dahulu seandainya terdapat babak-babak romantik yang mungkin mengguris perasaan isterinya.

“Sejujurnya tipulah kalau seorang wanita itu tidak cemburu jika suaminya berlakon dengan wanita lain tetapi cemburu itu tak melampau.

“Jadi, saya sebagai suami perlu memainkan peranan untuk menambat semula hatinya.

“Biasanya kalau ada babak romantik, apabila balik ke rumah saya akan pegang tangannya dan peluk dia. Dia sendiri akan faham pasti itu cubaan saya untuk memujuk dia” – dedah Hisyam kepada Gempak.

Terbaharu, Hisyam memberitahu babak romantik yang dilakonkannya bersama Sherry Alhadad untuk filem televisyen (FTV) Geng sebagai pasangan kekasih.

“Apabila mendapat skrip, isteri saya yang akan membacanya terlebih dahulu. Dia pun tergelak-gelak juga.

“Katanya tak boleh bayangkan babak mesra saya dan Sherry.” – Hishyam Hamid

Namun, Hisyam menjelaskan Sherry dan isterinya merupakan kenalan rapat yang tidak menjadi hal pun apabila mereka berlakon bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...