Get $25 free
loading...

Bengang Disuruh Putus Hubungan Songsang Dengan Kenalan, Punca Syafie Naswip Belasah Bekas Tunang

Siapa sangka rupa-rupanya punca pertunangan pelakon Syafie Naswip dan pelakon Aishah Azman disebabkan pergaduhan yang berakhir dengan kecederaan ke atas Aishah.

Namun, punca pergaduhan itu pula banyak mengejutkan banyak pihak apabila siasatan polis mendapati ia berpunca daripada tindakan Aishah yang meminta Syafie untuk tidak meneruskan hubungan songsang dengan kenalannya. Huh!

Sebelum ini, Syafie telah ditahan oleh polis di Serdang malam kelmarin berhubung laporan membelasah bekas tunangnya dan ianya telah disahkan oleh pihak polis, memetik Berita Harian.

“Bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa dipaksa masuk ke dalam kereta sebelum suspek terus memaki wanita berkenaan menggunakan kata-kata kesat.

“Difahamkan pergaduhan itu berpunca daripada tindakan wanita berkenaan yang meminta suspek untuk tidak meneruskan hubungan songsang dengan kenalannya,” – Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan.

Menurut polis, Syafie bengang dengan permintaan bekas tunangnya itu kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut mangsa sehingga berdarah.

Hasil soal siasat polis, Syafie mengaku memukul mangsa dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

Siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja dan melakukan ugutan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...