Jika sebelum ini kita lihat penyanyi dan pelakon Adya Jebat unfollow Instagram Redza Rosli, kali ini desas desus mengatakan hubungan mereka berdua berakhir disebabkan oleh orang ketiga, iaitu pelakon Oktovia Manrose pula timbul.
BACA : “Ayda Jebat & Redza Rosli Bercinta, Jangan Kasihankan Saya” – Radin Era
Untuk menjelaskan situasi sebenar mengenai isu putus cinta itu, Ayda Jebat tampil menjelaskan dan dia berpendirian yang baik-baik sahaja andai ada pihak yang memberikan sebarang spekulasi mengenai hubungan mereka yang dikatakan sudah pun berakhir.
“Bagi saya Tuhan dah tunjukan sebegitu. Tak ada penafian terhadap apa yang berlaku, sekiranya ada. Saya juga tidak menidakkan atau mengiyakan.
“Sejujurnya kami hanya berkawan baik dan tak ada istillah putus cinta pun sebenarnya. Yang penting, saya cuba bersikap profesional dan akan berkerja dalam cara yang baik, dan rasanya begitu juga dengan dirinya.
“Malah sebelum ini pun, kami memang profesional juga, cuma mungkin pada ketika itu hubungan kami diperkatakan kerana sering dilihat bersama,” – jelas Ayda kepada Gempak.
Menurut Ayda, dia tidak mahu memberi komen panjang dan mengakui dia perlu menjaga hati banyak pihak.
Ayda juga terkejut apabila ada pihak yang cuba mengaitkan hubungannya mulai renggang berpunca dari seorang pelakon wanita lain, Oktovia Manrose dan meminta agar semua pihak tidak perlu mengaitkan perkara itu dengan orang lain.
Terdahulu, nama pelakon Oktovia Manrose pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan hangat bercinta dengan pelakon Aliff Aziz semasa Aliff masih bergelar kepada isteri Bella Astillah.
“Ayda Jebat & Redza Rosli Bercinta, Jangan Kasihankan Saya” – Radin Era