Get $25 free
loading...

Rihana Oksana Cabar Sultan Kelantan Buat Ujian DNA Untuk Buktikan Status Anak

Ratu cantik Rusia, Rihana Oksana Veovodina mencabar Sultan Kelantan melakukan ujian DNA untuk membuktikan status anaknya, Leon.

Rihana bertindak  selepas peguam Sultan Kelantan mendakwa tiada bukti objektif bahawa anak yang dilahirkan oleh Rihana itu adalah anak baginda.

BACA : “Tiada Bukti Menunjukkan Baginda Adalah Ayah Kepada Bayi Berkenaan” – Peguam Sultan Muhammad V

Sebelum ini, peguam yang mewakili Sultan Muhammad V mengesahkan pasangan itu telah bercerai dengan talak tiga, namun rakan kepada Rihana, Liliya Nastaeve, menegaskan bahawa perkahwinan Rihana dan Sultan Muhammad V masih sah dan menolak penafian yang dibuat oleh peguam baginda.

Rihana yang kini tinggal bersama anaknya di Moscow menuntut permohonaan maaf secara terbuka dari bekas YDPA, memetik MSN.

“Semua kenalan rapat Rihana termasuk ibu bapanya, rakan, dan keluarga sedang menunggu permohonan maaf dari dia (bekas YDPA).

“Kalau timbul keraguan, dia (bekas YDPA) boleh buat ujian DNA.” – Liliya.

Sementara itu, peguam mewakili Rihana iaitu Evgeny Tarlor yang juga bekas Senator Rusia berkata, dakwaan Leon bukan zuriat bekas YDPA itu adalah bohong dan celupar.

“Saya tak kenal siapa Koh Tien Hua dan apa hak dia menggulas mengenai kehidupan peribadi Rihana. Dia mesti buktikan kelayakannya.

“Tiada perceraian yang berlaku,” – Evgeny Tarlor.

Tarlor juga mencabar peguam baginda yang berasal dari Singapura itu membuktikan bahawa dia benar-benar mewakili Sultan Muhammad V.

Sumber : MSN

“Tiada Bukti Menunjukkan Baginda Adalah Ayah Kepada Bayi Berkenaan” – Peguam Sultan Muhammad V

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Previous
Next Post »
loading...