Get $25 free
loading...

5 Drama Melayu Paling Popular



Tajuk:

1. Lima Drama Melayu Pernah Bikin Rakyat Malaysia Tak Berganjak Dari Kaca Tv

2. Tak Sangka Rupanya Ada Kemudahan Untuk Akses 50,000 Program, Drama, Filem Dan Macam-Macam Lagi Dekat Tv

3. Meleleh Air Mata, Ini 5 Drama Melayu Yang Tak Masuk Akal Kalau Rakyat Malaysia Tak Pernah Tonton

Orang Malaysia dengan drama memang tidak dapat dipisahkan. Setiap hari dan setiap minggu, pelbagai drama berkualiti tinggi disajikan buat semua penonton terutamanya di pelbagai saluran yang ditawarkan oleh Astro.

Korang sebut je nak drama yang macam mana. Sedih, kelakar, aksi, hiburan dan banyak lagi, semuanya ada tersedia untuk anda tonton setiap hari.

Kali ini, kami nak berkongsi dengan anda 5 Drama Melayu yang pernah hit dan disebut-sebut setiap masa oleh kaki drama-kaki drama tempatan sebelum ini.

Suri Hati Mr. Pilot


Memang tipulah kalau korang kata korang tak pernah tahu pun mengenai drama ni, lebih-lebih lagi kalau korang pengikut setia pelakon utamanya.

Kisah cinta antara Ejaz (Fattah Amin) dengan Warda (Neelofa) ini banyak buat air mata rakyat Malaysia tumpah tau. Kalau korang nak tahu lagi, kisah cinta hero dan heroin ini sempat juga bikin kecoh dekat luar set, hehehe.

Hero Seorang Cinderella




Drama ni sekali lagi menampilkan Fattah Amin sebagi hero yang membawakan watak Tengku Ian Uzzam bersama-sama heroinnya, Nur Fazura sebagai Nura Medina.

Pasti korang tak boleh lupa macam mana Medina setiap hari perlu berhadapan dengan ibu tirinya yang ada macam-macam trik untuk sakitkan hatinya. Mujur ada Uzzam yang selalu menjadi penyelamat cik Cinderella kita.

Lebih manis, hero dan heroin ini dah pun bergelar suami isteri dalam dunia sebenar.

Girlfriend Aku Dari Neraka


Baca tajuk pun tahu dah watak apa yang dibawakan oleh pelakon komedi, Syarifah Sakinah (Lydia) ni kan. Tapi yang bestnya bila tengok Aiman Hakim (Rudi) setiap hari layan perangai Lydia yang bermulut lancang dan jelous tak tentu pasal.

Kalau korang lelaki yang pernah menonton drama ni, korang agak-agak boleh go on tak kalau dapat awek macam Lydia?

Setelah Terlafaznya Akad




Ini antara drama terbaru yang sedang bersiaran di Astro dan mendapat sambutan hangat daripada kaki drama tempatan.

Kekecewaan dan pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh Hanan (Kamal Adli) demi menggembirakan hati keluarga memang menyedihkan.

Apakah Hanan dapat mencari kebahagian diri setelah dipaksa berkahwin dengan Nawal (Uqasha Senrose) sedangkan hati dan perasaannya masih lagi dimiliki bekas isteri, Hani (Zeera Azizi)?

Macam mana pula dengan Nawal, yang terpaksa menerima hakikat bahawa suami yang dimiliki hanya jasad sahaja, bukan hatinya? Korang kena tonton drama ni kalau nak tahu apa yang jadi.

Puteri Yang Ditukar




Puteri Yang Ditukar adalah drama adaptasi daripada sinetron popular negara seberang iaitu Putri Yang Ditukar.

Drama ini mengisahkan kehidupan dua gadis yang latar belakang yang berbeza. Amira (Elisya Sandha) dibesarkan dalam keluarga sederhana tetapi bahagia manakala Zahira (Eyra Razali) dibesarkan dalam keluarga mewah tetapi sering merana dibuli kakak tiri, Miesya (Julia Farhana Marin).

Namun tiada siapa pun yang tahu bahawa kedua-dua gadis ini tertukar sejak kecil dan terpaksa menjalani kehidupan orang lain. Siapakan dalang di sebalik kejadian ini? Semua persoalan akan terjawab apabila anda menonton kesemua episod drama ini.

Bercakap mengenai drama-drama di atas kan, sebenarnya Astro ingin memperkenalkan Astro GO serba baru yang bakal memberikan manfaat dan pengalaman menonton drama yang berbeza daripada sebelum-sebelum ini, khas buat anda semua pelanggang Astro.

UI serba baru

Astro GO serba baru dengan paparan antara muka terkini dibangunkan untuk memudahkan korang membuat carian dengan lebih mudah.


Kali ni, korang boleh mencari rancangan yang ingin ditonton lebih mudah. Apa yang kurang cuma buat cuma masukan tajuk je dekat kotak carian.

Tak ingat tajuk? Tak apa, letak nama pelakon malah nama pengarah program tu sekali pun korang dah dapat list program yang korang cari tu.

Lebih 50,000 rancangan boleh diakses

Lebih menarik, korang bukan sahaja dapat menonton lima drama sahaja kerana Astro GO kini menawarkan lebih 50,000 rancangan yang boleh diakses sama ada melalui aplikasi mobile mahupun laman web dengan mudah dan dimana-mana sahaja.


Drama dan filem menarik luar serta dalam negara, rancangan live hiburan dan sukan, program-program tv menarik, domumentari terkini dan macam-macam lagi sudah tersedia.

Lebih program melalui Demand

Rancangan yang lepas-lepas pun korang boleh tonton dengan Astro GO. Pergi je dekat bahagian atas dan korang tekan Catch Up dengan Boxets. Pelbagai pilihan program dan siri-siri menarik disediakan oleh Astro untuk anda.


Kalau yang lepas-lepas pun boleh tonton, apatah lagi kan rancangan terkini, siaran langsung dan macam-macam lagi program popular dalam dan luar negara tersedia untuk korang akses bila-bila masa je.

Satu ID, Empat Peranti

Lagi satu, korang tak perlu risau, Astro GO adalah percuma untuk semua pelanggan-pelanggan Astro tau. Korang tak perlu risau dah nak berebut remote tv lepas ni dengan family yang lain. Kenapa?



Lepas korang mendaftar dengan Astro GO, ID Astro korang boleh digunakan untuk mengakses 4 peranti serentak. Jadi, tak ada masalah untuk korang tonton drama Melayu dekat tv, menangis layan K-Drama dekat telefon atau tengok bola dekat laptop. Serentak, tak ada masalah.

Mak ayah pun tak perlu risau, kalau anak minat tonton kartun sehingga korang tak ada peluang nak tengok rancangan kegemaran korang, Astro GO adalah jawapan terbaik untuk mengatasi masalah tersebut.


Lupakan gangguan alam

Bukan itu je, syoknya bila guna Astro GO, korang tak perlu berhenti menonton ketika hujan macam yang selalu korang alami setiap kali menonton Astro dekat tv.

Best kan? Untuk mendapatkan perkhidmatan Astro GO ni, korang cuma perlu mendaftar disini kemudian link kan dengan akaun Astro semasa korang.

ID tu korang boleh guna untuk mengkases Astro GO menggunakan sehingga 4 peranti serentak. Alplikasi Astro GO boleh korang muat turun dekat Playstore dan Apple Store. Astro GO juga boleh diakses melalui laman web.

Layari facebook dan laman web Astro GO untuk maklumat lanjut.



lagi info di : Gosip Artis Terkini
Previous
Next Post »
loading...