Penyanyi Ernie Zakri menceritakan detik cemas tetapi melucukan ketika berada di Vietnam baru-baru ini untuk pertandingan Asean Song Contest.
Menurut Ernie, ketika perjalanan dari Ha Long ke Hanoi yang mengambil masa dua jam, dia berasa cemas apabila perutnya tiba-tiba meragam namun jarak ke stesen minyak yang paling dekat masih lagi jauh.
“Saya tahu perjalanan dari Ha Long ke Hanoi dua jam, jadi saya beritahu pengiring kalau nampak stesen minyak berhenti sebab tak boleh tahan.
“Saya buka waze lagi 20 kilometer! Dalam 20 ke 25 minit berzikir siap dengar al-Quran cuba tenangkan perut.
“Masalahnya sekarang, pak cik van ni tak chill! Dia boleh berhenti tepi lebuh raya minta saya turun.
“Dia suruh saya buang air tepi lebuh raya. For real mereka di sini macam tu.
“Saya jerit cakap ‘No No’. Tak tahu masa tu nak marah atau bengang atau gelak ke apa sebab emosi masa tu yang saya tahu adalah cakap adoi.. adoi…,” tulis Erni menerusi Instastories.
Bagaimanapun, selang beberapa minit, Ernie bersyukur apabila sempat untuk membuang air di stesen minyak yang berhampiran.
Sejak minggu lepas, Ernie berada di Vietnam bagi mewakili Malaysia untuk pertandingan Asean Song Contest bersama seorang lagi wakil Malaysia iaitu Rosario Bianis yang menjadi juara pertandingan itu.
Sumber : Gempak